Epicon raih kontrak kerja struktur bernilai RM34.5 juta daripada Wonson Construction | DagangNews Skip to main content

Epicon raih kontrak kerja struktur bernilai RM34.5 juta daripada Wonson Construction

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Sept - Epicon Berhad yang dahulunya dikenali sebagai Konsortium Transnasional Berhad menerusi anak syarikatnya, Transnasional Builder Sdn. Bhd. berjaya meraih kontrak kerja-kerja struktur berjumlah RM34.5 juta.

 

Kumpulan itu menerima surat anugerah daripada Wonson Construction Sdn. Bhd. untuk pelaksanaan dan penyiapan kerja-kerja struktur sebuah pangsapuri kediaman di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

 

Kontrak itu dijangka bermula pada September dan siap pada Ogos 2024.

 

Projek itu dijangka bermula pada September 2023 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2024.

 

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FY23) dan seterusnya,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kumpulan itu tidak menjangkakan sebarang risiko material yang timbul daripada surat anugerah itu selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan dan risiko perniagaan dalam industri yang mana mereka akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan risiko. - DagangNews.com