Episod baharu bagi The Baker’s Son di Jaya Grocer | DagangNews Skip to main content

Episod baharu bagi The Baker’s Son di Jaya Grocer

(Dari kiri) Daniel Teng, Timbalan CEO Jaya Grocer; Peter Tan, Ketua Chef Pastri The Baker's Son; Kimberly Xavier, Ketua Pasaran Segar Jaya Grocer dan Joseph Teoh, Ketua Pegawai Pemasaran Jaya Grocer, dengan beberapa produk roti yang sihat semasa pelancaran wajah baharu The Baker's Son di Sunway Geo.
Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 8 Dis – Selepas lebih 10 tahun menyediakan roti berkualiti tinggi, The Baker’s Son, kedai roti rangkaian Jaya Grocer, kini berwajah baharu dan diperkenalkan di Sunway Geo dan akan segera diperluaskan ke semua cawangan pada masa akan datang.

 

"Misi kami sejak dahulu adalah untuk menyediakan alternatif yang sihat kepada pelanggan tanpa menjejaskan kualiti atau rasa," kata Peter Tan, Ketua Chef Pastri The Baker's Son.

 

“Sehingga hari ini, kami berpegang teguh pada misi tersebut di mana kami hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi dan premium, serta menolak penggunaan bahan pengawet, pewarna tiruan atau bahan tambahan.


 

Peter Tan
Peter Tan

 

baker

 


"Kami berbangga dengan wajah baharu kami yang mencerminkan prinsip-prinsip ini dan yakin ia akan menarik pelanggan yang prihatin tentang kesihatan diri.”

 

Tan menambah: "Wajah baharu ini bertujuan untuk memenuhi pelbagai cita rasa dalam kalangan masyarakat yang semakin prihatin kesihatan. Ia menekankan:

  • Komitmen kepada kualiti: Setiap produk mencerminkan dedikasi kami terhadap penyediaan roti yang berkualiti, melibatkan beberapa peringkat percubaan untuk menjamin rasa roti yang terbaik.
     
  • Ketelusan dalam ramuan: Roti kami hanya mengandungi bahan semula jadi yang sering digunakan dalam penyediaan roti, bebas daripada bahan pengawet. Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang mempunyai alahan, kami telah mengemaskini label kami dengan menyenaraikan alahan umum seperti telur atau kacang.
     
  • Harga Berpatutan: Kami kekal komited untuk menyediakan produk berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan, memastikan pilihan yang lebih sihat tersedia untuk semua pelanggan, dengan harga bermula dari RM6.90.

 

“Penampilan baharu kami merangkumi seluruh koleksi roti, bermula dari roti klasik hingga French butter croissants – yang terjual lebih daripada 100,000 keping setiap bulan!,” tambahnya.

 

“Kami menyedari kepentingan produk-produk ini sebagai hidangan asas setiap keluarga, justeru kami berhasrat untuk menawarkan pilihan yang lebih baik dan lebih sihat," kata Daniel Teng, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer.

 

"Tidak lama lagi, kami juga akan memperkenalkan The Baker’s Son patisserie di beberapa cawangan terpilih, menawarkan pilihan kek berukuran 4 inci yang ideal untuk keluarga dan majlis kecil," tambah Teng.

 

Pelanggan juga boleh menikmati lebih banyak tawaran dan diskaun setiap bulan melalui Tawaran Istimewa Ahli Jaya Grocer (Members’ Special). Akses kepada program keahlian tersedia secara langsung melalui aplikasi mudah alih Grab.


 

parafrasa

Sempena pelancaran wajah baharu, The Baker's Son menganjurkan Bengkel Bakeri Kanak-kanak eksklusif untuk Ahli Jaya Grocer.

 

Inisiatif ini memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk merasai keseronokkan dalam proses pembuatan roti.


 

irsyad

 


Bengkel yang menarik ini melibatkan sesi bimbingan memasak, aktiviti menghias pastri, dan permainan yang menghiburkan untuk kanak-kanak tersebut sambil menunggu roti mereka siap. - DagangNews.com