ESPC Serba Dinamik peroleh akreditasi daripada OTHM di UK untuk 2 kursus | DagangNews Skip to main content

ESPC Serba Dinamik peroleh akreditasi daripada OTHM di UK untuk 2 kursus


KUALA LUMPUR 26 Okt  - Keselamatan Elektronik dan Saluran Privasi (ESPC), sebuah portal di bawah anak syarikat perkhidmatan keselamatan siber Serba Dinamik Holdings Bhd, telah memenuhi semua keperluan untuk menjadi sebahagian daripada organisasi penganugerahan yang berpangkalan di United Kingdom (UK) dikawal selia oleh Pejabat Kelayakan dan Peraturan Peperiksaan (Ofqual).

 

Kumpulan itu berkata, ESPC telah mendapat akreditasi OTHM organisasi penganugerahan untuk kursus Certified Cybersecurity Leadership Professional (CCLP) dan Certified Data Protection Officer (CDPO). 

 

Pada masa sama, ESPC turut bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sains Komputer dan Kejuruteraan (UNIMY) untuk menawarkan Laluan PhD yang lancar kepada mereka yang ingin cemerlang dalam industri dan dunia akademik tanpa meninggalkan tempat kerja mereka.

 

Kursus CCLP adalah pada OTHM Tahap 7, setara dengan ijazah sarjana industri UK manakala kursus CDPO pada OTHM Tahap 5, bersamaan dengan ijazah sarjana muda industri UK.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata, program ini diketuai oleh Prof Kol (B) Datuk Dr Husin Jazri, Naib Presiden Kanan Serba Dinamik Cybersecurity dan tokoh terkemuka dalam industri keselamatan siber.

 

Mohd Abdul Karim berkata, berdasarkan keselamatan siber menjadi industri utama dengan ke arah Revolusi Perindustrian Ke-4 (IR4.0) dan ekonomi digital, lebih ramai profesional akan diperlukan.


 

Prof Kol (B) Datuk Dr Husin Jazri
                                         Prof Kol (B) Datuk Dr Husin Jazri

 

 

“Program ini amat sesuai untuk membantu memenuhi permintaan industri keselamatan siber di Malaysia dan di peringkat global,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - DagangNews.com