Eversendai, Emirates Steel bekerjasama bangunkan projek Perkampungan Ski NEOM Trojena di Arab Saudi | DagangNews Skip to main content

Eversendai, Emirates Steel bekerjasama bangunkan projek Perkampungan Ski NEOM Trojena di Arab Saudi

Lakaran artis mengenaik projek Perkampungan Ski NEOM Trojena - Gambar/NEOM
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Julai - Eversendai Corporation Bhd menjalinkan kerjasama dengan Emirates Steel bagi membangunkan projek Perkampungan Ski NEOM Tojena di Arab Saudi.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, menerusi perjanjian itu, Emirates Steel, syarikat utama di bawah Emirates Steel Arkan Group (ESA) yang juga antara pengeluar bahan binaan dan syarikat senaraian awam keluli terbesar di rantau Asia Barat, akan membekalkan rasuk keluli bagi pembinaan perkampungan ski berkenaan.

 

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Eversendai, Narishnath Nathan, menzahirkan rasa bangga untuk bekerjasama dengan Emirates Steel dalam projek Perkampungan Ski NEOM Trojena, projek mercu tanda yang akan mempamerkan keupayaan kolektif mereka dalam menyampaikan rumusan pembinaan keluli bertaraf dunia.

 

"Kerjsama itu akan menyerlahkan komitmen kami melangkaui sempadan kejuruteraan dan pembinaan.

 

"Perkampungan Ski NEOM Trojena bersedia untuk menjadi destinasi global utama, menawarkan pengalaman rekreasi yang tiada tandingan di rantau ini," katanya.

 

eversendai

 

Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Steel, Saeed Alghafri berkata, pihaknya berbesar hati untu bekerjasama dengan Eversendai dalam projek bersakala besar itu, yang akan menjadi tumpuan kepada projek NEOM di Arab Saudi.

 

Beliau berkata, Emirates Steel komited untuk membekalkan rumusan keluli mampan penanda aras yang memenuhi permintaan ketat projek-projek pembinaan inovatif.

 

"Kerjasama ini menunjukkan dedikasi kami untuk memacu pertumbuhan yang mampan di seluruh Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan menyampaikan nilai kepada rakan kongsi dan pemegang kepentingan kami," katanya.

 

Projek Perkampungan Ski NEOM Trojena adalah sebahagian daripada projek mega NEOM bernilai AS$1.5 trilion, pembangunan padang pasir futuristik di pantai Laut Merah.- DagangNews.com