ExxonMobil Malaysia tawar 300 peluang pekerjaan di Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia | DagangNews Skip to main content

ExxonMobil Malaysia tawar 300 peluang pekerjaan di Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 11 Dis - ExxonMobil Malaysia berbesar hari untuk menjalinkan kerjasama bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia yang berlangsung bersempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berlangsung Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

 

Syarikat minyak dan gas itu telah beroperasi di Malaysia selama 128 tahun dan terus melabur dalam membangunkan modal insan di Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja global mereka.

 

Pada tahun hadapan, syarikat yang berpangkalan di Texas itu merancang untuk menawarkan lebih 300 pekerjaan mahir baharu dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat ke Malaysia. 

 

"Sepanjang dua hari di Karnval Kerjaya Keluarga Malaysia, ExxonMobil Malaysia telah menemu bual lebih 230 calon di Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia.

 

“Kami amat mengalu-alukan bakat baharu untuk menyertai kami sebagai sebahagian dari keluarga ExxonMobil dengan memulakan kerjaya bersama kami," katanya dalam satu kenyataan.

 

ExxonMobil Malaysia merupakan pemenang Anugerah Majikan Graduan Terkemuka Malaysia 100 dan baru-baru ini memenangi anugerah Majikan Siswazah Paling Diutamakan 2022 oleh Graduates’ Choice Award.

 

mobil

 

Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia itu berlangsung di Dewan Enam bermula 9 pagi hingga 5 petang.

 

Orang ramai berpeluang menyertai Bengkel Kerjaya, Kaunseling Kerjaya, Temu Duga Terbuka kepada semua golongan dan lawati pelbagai syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan. - DagangNews.com