Fasa baharu projek kediaman Hibiscus di Ulu Tiram catat lebih 50% kadar pengambilan | DagangNews Skip to main content

Fasa baharu projek kediaman Hibiscus di Ulu Tiram catat lebih 50% kadar pengambilan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 19 Okt - Projek kediaman teres dua tingkat pegangan bebas Hibiscus yang terletak di perbandaran Impian Hills, Ulu Tiram, Johor meraih lebih 50% kadar pengambilan sejak dilancarkan pada Ogos lepas, menurut pemaju hartanah, Plenitude Bhd.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Plenitude, Lee Wee Kee berkata, kadar pengambilan memberansangkan itu merupakan bukti kukuh tentang daya tarikan Hibiscus.

 

Beliau berkata, fasa sebelumnya, Magnolia telah habis terjual, dan kini dengan sambutan Hibiscus yang menggalakkan, membuktikan komitmen Plenitude bagi membina rumah impian bagi setiap orang adalah perkara yang nyata.

 

Katanya, penglibatan berterusan pihaknya dengan pasaran, perunding, dan kontraktor memastikan mereka memberikan apa yang diingini pasaran dengan tepat. 

 

"Plenitude komited untuk menjadi pemaju yang boleh dipercayai, teguh dalam memenuhi komitmen kami bagi memenuhi piawaian jaminan kualiti yang ketat," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Hibiscus merupakan inisiatif Plenitude untuk menawarkan pembeli aspek keseimbangan ideal antara kehidupan kontemporari dengan elemen reka bentuk yang unik, diselaraskan secara sempurna dengan persekitaran semula jadi.

 

Rekaan perumahan Hibiscus menawarkan bilik mandi suite yang direka secara teliti untuk setiap bilik tidur, disertai dengan ruang keluarga tambahan di tingkat atas.

 

 

plenitude

 

 

plenitude

 

 

 

Di samping itu, trek jogging dan taman khas tersedia hanya dengan menjejak kaki di kawasan luar pintu rumah, mendorong gaya hidup yang sihat dan seimbang. 

 

Fasa Hibiscus jenis A, menawarkan saiz tanah 22' x 75' dengan keluasan binaan 2,057 kaki persegi, dan jenis B pula mempunyai keluasan saiz tanah 22' x 80' dan keluasan binaan 2,203 kaki persegi. 

 

Terletak di tengah-tengah Ulu Tiram, Johor dalam perbandaran Impian Hills seluas 115.5 hektar, Hibiscus dikelilingi oleh persekitaran yang tenang dengan ketumpatan penduduk yang lebih rendah. 

 

 

plenitude

 

 

plenitude

 

 

Dilengkapi dengan akses terus ke lebuh raya utama seperti Lebuhraya Senai-Desaru dan Lebuhraya Tebrau melalui Jalan Kota Tinggi, penduduk dapat menikmati keselesaan pergerakan yang lebih lancar. 

 

Dijangka siap pada suku ketiga tahun 2025, Hibiscus pastinya akan menjadi tambahan yang menambahkan kerancakan dan kemeriahan komuniti Impian Hills. - DagangNews.com