​​​​​​​FedEx teguhkan komitmen kepelbagaian gender dengan pengesahan Prinsip Pemerkasaan Wanita PBB | DagangNews Skip to main content

​​​​​​​FedEx teguhkan komitmen kepelbagaian gender dengan pengesahan Prinsip Pemerkasaan Wanita PBB

KAWAL PREET (tengah) bersama pegawai FedEx menunjukkan dokumen komitmen syarikat itu terhadap Prinsip Pemerkasaan Wanita PBB.

 

 

HONG KONG 11 Okt – Presiden FedEx Express, Asia Pasifik, Timur Tengah dan wilayah Afrika (Asia Pasifik, Asia Barat dan Afrika, AMEA), Kawal Preet telah menandatangani pernyataan sokongan CEO untuk Prinsip Pemerkasaan Wanita – Kepentingan Kesaksamaan.

 

Diasaskan oleh Entiti Bagi Kesaksamaan Gender dan Pemerkasaan Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Global Compact PBB, gagasan WEP adalah satu daripada tujuh langkah yang dipilih oleh syarikat untuk mencapai kesaksamaan gender dan memperkasakan wanita di tempat kerja dan masyarakat.

 

Preet mengesahkan kenyataan sokongan di hadapan kepimpinan serantau dan pekerja-pekerja di Hong Kong.  FedEx Express, anak syarikat FedEx Corp. merupakan satu daripada syarikat pengangkutan ekspres terbesar di dunia.

 

Di seluruh wilayah AMEA, wanita kurang menjadi wakil dalam pembentukan dan pertumbuhan perniagaan kecil serta perdagangan rentas sempadan.

 

Menurut Laporan Jurang Gender Global 2021 oleh Forum Ekonomi Dunia, pandemik COVID-19 telah menimbulkan halangan baru untuk membangunkan ekonomi dan masyarakat yang inklusif dan maju, dan telah mengakibatkan peningkatan dalam menghapuskan jurang gender global oleh generasi dari 99.5 tahun menjadi 135.6 tahun.

 

Menyedari bahawa syarikat memainkan peranan utama dalam meningkatkan keseimbangan gender di tempat kerja, Preet berkata, kepelbagaian, keadilan dan inklusif (DEI) adalah sebahagian dari masyarakat dan syarikat.

 

Menurutnya, DEI adalah komponen yang tidak terpisah dari budaya FedEx dan menjadi keutamaan perniagaan yang penting untuk membentuk masa depan yang lebih baik bagi semua pekerja, pelanggan dan komuniti.

 

‘’Mendukung WEP adalah satu lagi langkah penting untuk membina tempat kerja yang terlibat dan inklusif di mana setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk melibatkan diri dan mancapai kejayaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Dengan Falsafah ‘People-Service-Profit’ yang menjadi nadi syarikat, FedEx adalah penyokong kuat kesaksamaan gender di dalam dan di luar organisasi, dan telah dinobatkan sebagai salah satu Tempat Kerja Terbaik di Asia untuk tahun 2021 oleh Great Place to Work®. – DagangNews.com