Felda beli semua baki saham FGV | DagangNews Skip to main content

Felda beli semua baki saham FGV

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Felda telah membeli kesemua baki saham dalam FGV Holdings Berhad berjumlah 461,500 unit daripada pasaran terbuka. 

 

Ekuiti yang tidak termasuk saham perbendaharaan itu dibeli pada nilai RM1.30 sesaham. 

 

Ini bermakna, urus niaga berkenaan melibatkan jumlah pembelian sehingga RM599,950.

 

Perkara itu dimaklumkan penasihat utama Felda, Maybank Investment Bank Berhad (Maybank IB) dan pengumuman syarikat di Bursa Malaysia. 

 

Menurut kenyataan Maybank IB, unit itu dibeli semalam dan merangkumi semua saham FGV di bawah pelan insentif jangka panjangnya.

 

Semalam, FGV memohon lanjutan sehingga 16 Februari 2021 bagi tawaran pengambilalihan saham yang tidak dimiliki Felda. 

 

Baca : FGV minta tangguh hingga 16 Feb

 

Syarikat perladangan itu sepatutnya mengemukakan jawapan petang semalam sebelum pukul 5 petang.

 

Setakat 5 petang Jumaat lalu, pegangan Felda dalam FGV telah meningkat kepada 69% atau 2.51 bilion saham.

 

Pada 8 Disember lalu, Felda mengumumkan untuk menawarkan ambil alih mandatori ke atas saham minoriti FGV dengan nilai RM1.30 sesaham. 

 

Baca : Felda skor ‘hat trick’ minggu ini 

 

Bagaimanapun, agensi itu tidak berhasrat mengekalkan penyenaraian FGV di papan utama Bursa Malaysia. - DagangNews.com