Finology, The Makeover Guys bekerjasama tawar pinjaman pengubahsuaian pertama di Malaysia | DagangNews Skip to main content

Finology, The Makeover Guys bekerjasama tawar pinjaman pengubahsuaian pertama di Malaysia

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 18 Okt - Syarikat fintech Asia Pasifik, Finology Group telah bekerjasama dengan The Makeover Guys untuk merevolusikan landskap pembiayaan pengubahsuaian rumah di Malaysia menerusi penyediaan rumusan kewangan.

 

Kedua-dua syarikat tersebut menggabungkan kepakaran mereka untuk memperkenalkan rumusan pembiayaan inovatif dan mudah yang dipanggil The Makeover Loan.

 

Pinjaman pengubahsuaian tersebut direka bagi memperkasakan pelanggan The Makeover Guys untuk menghidupkan semula ubah suai rumah impian mereka tanpa menjejaskan kestabilan kewangan mereka, yang disesuaikan khusus untuk projek ubah suai mereka.

 

Menawarkan kadar faedah kompetitif dan tempoh pembayaran balik tujuh tahun, perkhidmatan pembiayaan ini memastikan pemilik rumah boleh memulakan perjalanan ubah suai mereka dengan ketenangan fikiran dan perbelanjaan yang boleh diurus.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Finology, Robin Ang berkata syarikat itu akan memanfaatkan kepakarannya dalam kewangan terbenam untuk menawarkan perkhidmatan pembiayaan pengubahsuaian yang lancar.

 

“Pinjaman ini menampilkan komitmen kami dalam memperkasakan individu untuk menjadikan impian mereka menjadi kenyataan sambil melengkapkan institusi kewangan dan perniagaan yang berhadapan dengan pengguna dengan rumusan pinjaman yang inovatif,” ujar beliau.

 

Sementara itu, Pengasas The Makeover Guys, Gavin Liew menekankan kepentingan kerjasama itu yang mengatasi kekangan pembiayaan yang dihadapi oleh pemilik rumah yang ingin mengubahsuai hartanah mereka.

“Dengan rumusan pembiayaan ini, kami menyasarkan untuk memperkasakan pelanggan mengubah rumah mereka menjadi tempat perlindungan yang diperibadikan tanpa menjejaskan kesejahteraan kewangan mereka,” tambahnya.

 

Di samping itu, laman web kedua-dua syarikat telah menyediakan The Makeover Loan Calculator agar pelanggan boleh mengukur kelayakan mereka dan menganggarkan jumlah pinjaman yang boleh diperolehi.   - DagangNews.com