foodpanda sedia hantar makanan, barangan keperluan sempena Hari Raya Aidilfitri | DagangNews Skip to main content

foodpanda sedia hantar makanan, barangan keperluan sempena Hari Raya Aidilfitri

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 April - Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, foodpanda Malaysia bersedia menghantar makanan dan barangan keperluan harian secara terus kepada pelanggan.

 

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, menerusi perkhidmatan yang ditawarkan, pelanggan hanya perlu membuat pesanan menerusi beberapa sentuhan dan mendapatkan barangan tersebut di hadapan pintu rumah mereka.

 

"Bagaimanapun, ramai terpaksa bersusah-payah dan bersesak-sesak di pasar raya dan pusat membeli-belah untuk mendapatkan barangan keperluan Hari Raya. 

 

"Tahun ini, dengan tawaran menarik dan hebat dari kami, serta hanya beberapa sentuhan hujung jari, para pengguna boleh mendapatkan barangan yang dipesan terus ke depan pintu rumah secara mudah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Antara tawaran dan promosi istimewa yang disediakan boleh dinikmati di foodpanda, foodpanda Shops dan pandamart dengan kesemuanya boleh diakses melalui aplikasi di dalam telefon pintar.

 

Pelanggan juga boleh mendapatkan barangan eksklusif Raya khas di foodpanda Shops selain barangan harian daripada kedai-kedai terpilih seperti Lotus’s Stores (M) Sdn. Bhd., The Food Merchant, Mydin, Sam’s Groceria dan Everrise bagi Malaysia Timur.

 

panda

 

Menerusi tawaran yang disediakan, pelanggan berpeluang mendapatkan Coca Cola Raya Bersama Coke x pandamart Raya Cookies! dan nikmati diskaun 20% untuk tawaran Mix and Match di Pandamart.

 

Pelan langganan eksklusif foodpanda, pandapro menyediakan diskaun sehingga 25% sekiranya pelanggan menjamu selera di Dave’s Deli, Penyetpenyet.com, Syed Bistro, Santan atau Nasi Kukus Tonggek.

 

Selain itu, terdapat lima restoran di Lembah Klang menawarkan diskaun 25% untuk ahli pandapro termasuk Pier 12 (Bukit Bintang), The Majapahit (Mont Kiara), Dar Al-Arab Gourmet Restaurant (Sunway Pyramid), The Straits Estate @ VE Hotel & Residences (Bangsar South) dan The Sultani @ Flamingo Hotel (Ampang). - DagangNews.com