Foodpanda sediakan ganjaran tambahan untuk rakan penghantaran | DagangNews Skip to main content

Foodpanda sediakan ganjaran tambahan untuk rakan penghantaran

 

KUALA LUMPUR 30 Sept – foodpanda telah melancarkan rangkaian faedah tambahan termasuk diskaun dan faedah-faedah yang lebih baik untuk dinikmati oleh rakan penghantaran untuk suku ketiga 2021.

 

Antara pengumuman utama adalah program foodpanda x Urbanice Bike4U – kolaborasi antara foodpanda dan Urbanice, di mana sebanyak 30 buah motosikal diberikan kepada penghantar pejalan kaki foodpanda yang memerlukan.

 

Ini sejajar dengan tujuan foodpanda untuk memberikan kemudahan yang lebih baik kepada rakan penghantaran untuk semua yang mereka lakukan.

 

Ketua Logistik, foodpanda Shubham Saran berkata, dengan apa yang disediakan oleh foodpanda, adalah diharapkan rakan penghantaran tahu bahawa kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan mereka sangat penting bagi syarikat.

 

‘’Langkah ini adalah salah satu tanda penghargaan foodpanda kepada rakan penghantaran dan akan ada banyak lagi seumpamanya di masa hadapan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Perincian faedah dan tawaran lain yang diperkenalkan pada suku ketiga 2021 ialah:

  1. Tawaran Senarco (Shriro)

Rakan penghantaran foodpanda yang telah divaksinasi (sama ada 1 atau 2 dos) kini boleh menikmati potongan sebanyak 30 peratus untuk minyak pelincir Senarco yang dijual di Shopee dan Lazada. Tawaran istimewa ini diperkenalkan agar lebih ramai rakan penghantaran divaksinasi.

 

Maklumat lanjut boleh layari https://www.pandariders.my/tawaran-shriro.

 

  1. Tawaran Oppo

Bermula Julai, rakan penghantaran foodpanda diberi potongan harga untuk peranti Oppo yang terpilih.

 

  1. Program Aspirasi CashNow Combo Plus

Program Aspirasi CashNow Combo Plus merupakan program pembiayaan mikro yang juga disediakan untuk rakan penghantaran foodpanda. Program ini menawarkan pembiayaan dari RM1,500 hingga RM3,000 dengan pilihan perlindungan untuk kemasukan ke hospital dan juga perbelanjaan pembedahan. Aspirasi TeamCare turut menawarkan pembiayaan sehingga RM20,000.

 

  1. Tawaran Digi

Disediakan secara eksklusif untuk rakan penghantaran foodpanda, Digi menawarkan rebat bulanan sebanyak RM30 untuk pelan pascabayar Digi yang terpilih.

 

  1. Liga Panda

Liga Panda merupakan program ganjaran terbaharu yang diperkenalkan oleh foodpanda dalam usaha mewujudkan hubungan berterusan dengan rakan penghantaran serta mengiktiraf mereka yang cemerlang di samping menggalakkan mereka untuk sentiasa kekal selamat dan efisien. – DagangNews.com