FY20: CGS-CIMB tingkatkan ramalan kerugian bersih Genting Malaysia kepada RM1.1b | DagangNews Skip to main content

FY20: CGS-CIMB tingkatkan ramalan kerugian bersih Genting Malaysia kepada RM1.1b

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 28 Ogos - CGS-CIMB Research meningkatkan ramalan kerugian bersih Genting Malaysia Berhad (Genting Malaysia) pada tahun kewangan 2020 (FY20) kepada RM1.1 bilion daripada RM125 juta.

Keuntungan bersih tahun kewangan 2021 pula diturunkan sebanyak 44%, menunjukkan pemulihan perolehan yang beransur-ansur kerana langkah penjarakan sosial masih dilaksanakan.

“Kami menjangkakan keuntungan bersih Genting Malaysia akan pulih kepada RM580 juta dan melonjak sehingga 94% pada tahun kewangan 2022, dibantu oleh kunjungan pelancong terutamanya ketika pembukaan Genting SkyWorld pada pertengahan 2021.

“Dividen sesaham pula dijangka bernilai 5 sen, sekali gus membawa dividen sesaham tahun kewangan 2020 kepada 11 sen,” jelas analisis CGS-CIMB. 

Genting Malaysia mencatatkan kerugian bersih pada suku kedua 2020 sebanyak RM796 juta, lebih teruk daripada jangkaan, bagaimanapun pengumuman dividen interim pada separuh tahun pertama 2020 sebanyak 6 sen sesuatu yang mengejutkan. 

Resort World Genting mula menerima peningkatan pelancong daripada 30,000 sehari kepada 45,000 sejak dibuka pada 19 Jun 2020.

Tempahan bilik hotel juga meningkat daripada 1,800 kepada 4,700.

Dengan itu, CGS-CIMB mengekalkan saranan untuk ‘tambah’ saham Genting Malaysia dengan harga sasaran ditingkatkan kepada RM2.80.

Pemulihan penuh jumlah kasino pasca COVID-19 adalah pemangkin penilaian semula harga saham.

“Risiko penurunan pula impak yang lebih teruk akibat COVID-19,” tambah CGS-CIMB. - DagangNews.com