FY21: Apex Healthcare dijangka umum dividen 3.5 sen | DagangNews Skip to main content

FY21: Apex Healthcare dijangka umum dividen 3.5 sen

 Apex Healthcare Berhad (ApexH)

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Syarikat Apex Healthcare Berhad (ApexH) dijangka mengumumkan dividen sesaham (DPS) sebanyak 3.5 sen bagi tahun kewangan 2021 (FY21).

 

AmInvest Research berkata, jangkaan itu dinilai kepada jumlah pembayaran sepanjang tahun hingga 35%.

 

"ApexH telah mengumumkan dividen interim 2.5 sen sesaham yang menunjukkan jumlah pembayaran tahunan sebanyak 48% setakat ini.

 

"Kami percaya bahawa pembayaran sepanjang tahun adalah antara 33% hingga 35%, dan kami meramalkan DPS kasar sebanyak 3.5 sen bagi tahun kewangan 2021 yang dinilai kepada hasil 1.2%," jelas AmInvest Research.

 

ApexH merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM24.7 juta pada separuh pertama 2021.

 

Jumlah berkenaan menurun 9.9% berbanding tahun sebelumnya.

 

Prestasi yang lebih rendah itu disebabkan oleh kesan asas yang tinggi kerana ApexH mengalami lonjakan permintaan produk di awal penularan pandemik pada suku pertama tahun kewangan 2020 serta peningkatan jualan produk berkaitan pandemik pada suku kedua tahun kewangan 2020.

 

Mengulas berkaitan prestasi perniagaan itu, PublicInvest Research berkata, pihaknya mengurangkan unjuran pendapatan ApexH bagi tahun kewangan 2021 hingga 2022 kurang daripada 2%.

 

"Kami mengekalkan penarafan 'underperform' di ApexH, dengan harga sasaran sesaham (TP) yang tidak berubah iaitu RM2.35.

 

"Kami menjangkakan perintah 'lockdown' akan terus dilonggarkan secara perlahan-lahan sekali gus akan memulihkan sentimen pengguna.

 

"Situasi berkenaan akan menggalakkan kadar perbelanjaan pengguna yang akhirnya memberi keuntungan kepada ApexH," kata PublicInvest Research. - DagangNews.com