Penumpang kini boleh nikmati kombo makanan Santan pada harga serendah RM5.90 dalam penerbangan AirAsia | DagangNews Skip to main content

Penumpang kini boleh nikmati kombo makanan Santan pada harga serendah RM5.90 dalam penerbangan AirAsia

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 20 Jan - Jenama makanan dalam penerbangan AirAsia, Santan, memperkenalkan kombo nilai dengan harga bermula serendah RM5.90, menawarkan pelbagai pilihan hidangan lazat yang dipadankan dengan minuman. 

 

Penumpang penerbangan AirAsia dengan kod penerbangan AK untuk laluan bawah 75 minit, kini boleh menikmati kombo dengan pembelian satu minuman, bermula dari RM4.90.

 

Pelanggan boleh memilih minuman seperti americano, teh tarik kaw kaw dan teh hijau jasmine, bersama snek atau hidangan ringan seperti karipap ayam (RM1), roti oyaki krim keju kranberi dan nasi lemak light (RM4). 

 

Santan turut menawarkan kombo istimewa untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X, termasuk Nasi Lemak Pak Nasser dan hidangan popular lain pada harga antara RM10 hingga RM23, yang turut didatangkan bersama minuman.

 

Hidangan popular lain seperti Nasi Ayam Uncle Chin, biryani bukhara ayam, mi wanton udang & ayam dan Biryani Vegetarian Hyderabad turut tersedia dalam kombo pada harga RM19 (RM25 untuk penerbangan AirAsia X) bersama satu minuman.

 

santan
Santan turut memperkenalkan 8 Treasure Rice Bowl, hidangan tradisional Cina yang melambangkan kemakmuran dan kesihatan.

 

Bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina, Santan turut memperkenalkan 8 Treasure Rice Bowl, hidangan tradisional Cina yang melambangkan kemakmuran dan kesihatan.

 

Hidangan lazat itu menggabungkan lapan bahan termasuk ayam claypot, bok choy, cendawan, lobak merah, kubis Cina, kacang ginkgo, sosej ayam dan kacang gajus.

 

Untuk masa terhad, tetamu juga boleh menikmati set Fortune Meow eksklusif pada harga RM22.80 (RM27.80 untuk penerbangan AirAsia X) yang disertakan dengan pembungkusan Fortune Meow edisi terhad, pek pelekat percuma dan biskut (fortune cookie). 

 

Selain itu, atas permintaan ramai, Santan kini mengembalikan kek keju bakar asli dengan resepi baharu yang kurang manis.

 

santan
Kek keju bakar asli dengan resepi baharu yang kurang manis turut diperkenalkan semula atas permintaan ramai.

 

Mula dilancarkan pada 2019, kek keju tersebut kembali sebagai sebahagian daripada rangkaian produk Club Zero, satu kempen inovatif Santan yang menggalakkan pengurangan pengambilan gula tanpa menjejaskan rasa makanan.

 

Bagi peminat-peminat kopi, Santan menawarkan pilihan berkualiti tinggi seperti The BEST Coconut Latte, americano, caffe latte dan caffe mocha. 

 

Penumpang boleh memilih antara dua pilihan biji kopi, Santan Captain atau Santan Allstar, kedua-duanya dihasilkan menggunakan teknologi pengering beku untuk memastikan setiap cawan kopi mempunyai rasa terbaik. 

 

Harga kopi bermula dari RM9. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Santan, Catherine Goh berkata, Santan berusaha untuk memberikan pengalaman makanan yang lebih menarik dan berbaloi dalam penerbangan, dengan menawarkan hidangan yang berkualiti tinggi pada harga mesra poket. 

 

"Dengan harga yang berpatutan dan minuman setaraf kafe, kami membuktikan bahawa makanan dan minuman dalam penerbangan bukan sahaja boleh dinikmati, tetapi juga sesuatu yang dinanti-nantikan," katanya dalam satu kenyataan. - DagangNews.com