FY21: BFood rancang buka 18 restoren Starbucks baharu | DagangNews Skip to main content

FY21: BFood rancang buka 18 restoren Starbucks baharu

Starbucks

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Syarikat pengendali rangkaian restoren, cafe dan kedai runcit, Berjaya Food Berhad (BFood) membuat perancangan untuk membuka kira-kira 25 kedai baharu menjelang tahun kewangan 2021 (FY21).

 

CGS-CIMB Research berkata, perkara itu disahkan oleh pihak BFood sendiri yang sedang merangka pengembangan operasi pada tahun kewangan 2021.

 

"BFood memberitahu pihaknya berada dalam fasa perancangan pengembangan untuk membuka c.25 gerai pada tahun kewangan 2021 yang sekurang-kurang 18 daripada jumlah tersebut adalah kedai Starbucks.

 

"Selebihnya adalah gabungan kedai Kenny Roger's Roasters (KRR) dan Jollibean di Malaysia dan Singapura," jelas CGS-CIMB Research hari ini.

 

CGS-CIMB Research memberitahu, berdasarkan kepada kejayaan konsep pandu lalu (drive-thru) seiring dengan langkah panjarakan fizikal, pihaknya berpendapat sebilangan besar kedai Starbucks yang akan dibuka mendorong untuk memperoleh jualan yang lebih tinggi.

 

Dalam tempoh suku pertama tahun kewangan 2021, BFood mencatatkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 62.0% berbanding suku lalu, meningkat sebanyak 0.2% tahun ke tahun.

 

Lebih menarik, BFood mencatatkan lonjakan keuntungan bersih sebanyak 155% tahun ke tahun.

 

BFood juga telah mengurangkan perkhidmatan pekerja sambilan dan mengoptimumkan perkhidmatan pekerja sepenuh masa di kedai-kedainya tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan.

 

Sejak permulaan wabak, BFood juga berjaya menerima rebat sewa pemilik tanah sekitar RM2 juta pada suku pertama tahun kewangan 2021.

 

CGS-CIMB Research berpendapat, BFood berada dalam posisi yang kuat untuk melakukan rundingan atau manandatangani pajakan baharu dengan pemilik tanah seiring dengan pengukuhan jenamanya.

 

"Kami memastikan ramalan kami tetap utuh dengan mengekalkan saranan 'tambah' saham BFood dengan harga sasaran sesaham (TP) yang lebih tinggi iaitu RM1.93," tambah CGS-CIMB Research lagi. - DagangNews.com