Galaxy A22 & Galaxy A22 5G tampil bergaya dengan 2 warna pastel | DagangNews Skip to main content

Galaxy A22 & Galaxy A22 5G tampil bergaya dengan 2 warna pastel

Galaxy A22 & Galaxy A22 5G

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Samsung menawarkan dua pilihan warna pastel iaitu violet dan mint yang pastinya menyerlahkan lagi gaya penampilan peranti Galaxy A22 dan Galaxy A22 5G.

 

Samsung berkata, dua pilihan warna pastel tersebut tersedia bagi kedua-dua model telefon pintar berkenaan.

 

Menjadi pilihan ramai sejak tahun lalu, warna berkenaan bukan sahaja mendominasi industri teknologi, malah terut menjadi kegemaran dalam industri fesyen dan reka bentuk dalaman.

 

Menurut Samsung, penampilan warna berkenaan pastinya kekal sebagai warna pilihan yang utama pada tahun-tahun akan datang.

 

,

 

"Untuk penampilan yang lembut dan romantis, padankan pakaian anda dengan warna neutral atau monokromatik! 
Sekiranya anda lebih daring, padankan telefon pintar warna Violet anda dengan pakaian atau aksesori kuning atau merah jambu. 

 

"Bagi telefon pintar warna Mint pula, warna seperti pic dan biru lembut sangat sesuai untuk dipadankan bersama," jelas Samsung dalam satu kenyataan.

 

Mengulas lanjut, Samsung memberitahu, kedua-dua peranti berkenaan turut dikeluarkan dengan warna Black bagi Galaxy A22 dan Gray bagi Galaxy A22 5G khusus bagi pengguna yang kurang berminat dengan warna pastel.

 

Warna klasik dan chic itu mudah dipadankan dengan kesemua warna terutamanya dengan warna perak.

 

,

 

"Walaupun anda bergaya hanya untuk duduk di rumah, jangan sia-siakan usaha anda dan tangkap beberapa OOTD dengan kamera utama 48MP kami! Dengan teknologi Tetra Binning, anda boleh menangkap gambar dengan lebih jelas dan terang, tak kira pada waktu siang atau malam. 

 

"Bimbang galeri gambar anda akan memenuhkan storan dalaman 128GB 1 dalam masa yang singkat? Jangan risau dan tambahkan sahaja storan tambahan dengan kad microSD hingga 1TB 2 . 

 

"Selain itu, Galaxy A22 & Galaxy A22 5G juga dibekalkan dengan bateri 5,000mAh yang berkuasa, memberikan anda kelebihan untuk terus menangkap gambar lebih banyak," tambah Samsung lagi.

 

Menariknya, pembeli akan menerima sarung pelindung Soft Cover bernilai RM39 secara percuma bagi pembelian peranti Galaxy A22 dan Galaxy A22 5G hingga 31 Ogos 2021. - DagangNews.com