Gedung rasmi Shell Lubes kini di Shopee Mall | DagangNews Skip to main content

Gedung rasmi Shell Lubes kini di Shopee Mall

(Dari kiri) Ketua Shopee Mall, Kenneth Soh dan Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew. 

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. (Shell Malaysia) melancarkan gedung rasmi terbaharu dalam aplikasi khas iaitu Shopee Mall.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew berkata, pelancaran itu adalah usaha untuk menambah baik pengalaman beli-belah dalam talian bagi pelanggan yang mementingkan ketulenan dan kualiti produk.

"Kami percaya bahawa kehadiran platform digital bersama rangkaian minyak pelincir premium dan berkualiti di platform e-dagang No.1 Malaysia, Shopee dapat membantu Shell untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.

"Langkah ini membolehkan pelanggan kami membuat pembelian terus daripada Shell. Ini memberi kemudahan kepada pelanggan kami yang bimbang dengan kewujudan produk tiruan dan tidak sah," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara minyak pelincir premium Shell yang ditawarkan ialah Shell Helix Power, Shell Helix Protect dan Shell Helix ECO.

(Dari kiri) Pengurus Besar Pemasaran Lubricants Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew dan Ketua Shopee Mall, Kenneth Soh.
(Dari kiri) Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew dan Ketua Shopee Mall, Kenneth Soh. 

 

Selain produk berkenaan, gedung dalam talian itu juga menawarkan barangan lain seperti produk runcit barangan Shell dan Shell SELECT.

Kesemua minyak pelincir Shell dijual melalui Gedung Rasmi Shell Lubes di Shopee Mall yang dijamin 100% tulen selain didatangkan dengan polisi pemulangan percuma selama 15 hari serta penghantaran percuma ke seluruh negara.

Selain itu juga, dengan kelebihan ciri Jaminan Shopee, bayaran kepada Shell Malaysia hanya akan dibuat selepas pelanggan membuat pengesahan terhadap ketulenan barang yang dibeli.

Tambahnya lagi, beliau berharap kerjasama dengan Shopee itu akan membolehkan pihaknya meneroka potensi pasaran dalam talian dan menghubungkannya dengan rangkaian bengkel luar talian dan stesen peruncitan bagi menawarkan pengalaman premium kepada pelanggan.

"Ramai pelanggan setia percaya dengan jenama Shell dan menikmati pengalaman bermakna di stesen peruncitan Shell kami dan bengkel-bengkel terkenal. 

"Kami mahu meneruskan tawaran pengalaman sama melalui Shopee Mall di mana mereka boleh membeli produk Shell secara dalam talian dengan lebih mudah dan yakin," jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, pihaknya amat teruja untuk menjayakan kerjasama tersebut bersama Shell dengan kelebihan ketulenan 100% Shopee Mall selain polisi pemulangan percuma.

"Kami juga akan menyokong pelancaran gedung rasmi Shell dengan sistem integrasi penuh pembayaran dan penyelesaian logistik, medium pemasaran dalam aplikasi, pendedahan melalui kempen seperti Festival Jenama Shopee 10.10 dan banyak lagi.

"Dengan usaha ini, rakyat Malaysia di seluruh negara dapat mengakses rangkaian produk premium Shell tanpa perlu bimbang," tambahnya lagi. - DagangNews.com