Gemar tangkap gambar tumbuhan? Kamera Makro Galaxy A51 pasti membantu anda | DagangNews Skip to main content

Gemar tangkap gambar tumbuhan? Kamera Makro Galaxy A51 pasti membantu anda

Samsung Galaxy A51

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Seiring dengan penetapan tahun 2020 sebagai Tahun Kesihatan Tumbuhan Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Samsung tampil memanfaatkan kehebatan teknologi kamera makro 5MP menerusi Galaxy A51.

Samsung dalam kenyataan hari ini berkata, kecanggihan kemera tersebut direka untuk membolehkan orang ramai mendekati keindahan alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan bunga melalui hasil gambar yang diperoleh.

Antara perbezaan kualiti gambar dalam aspek warna yang ditangkap menggunakan Galaxy A51 adalah seperti berikut;

Kepelbagaian warna lumut yang bersatu mewujudkan hutan warna miniatur
Kepelbagaian warna lumut yang bersatu mewujudkan hutan warna miniatur

 

Kelopak Hydrangea yang hampir menyerupai sayap rama-rama
Kelopak Hydrangea yang hampir menyerupai sayap rama-rama

 

Jarak dekat pokok Cockscombs mekar seperti api berwarna-warni
Jarak dekat pokok Cockscombs mekar seperti api berwarna-warni

 

Kaktus Bulan yang menyambut kemeriahan warnanya
Kaktus Bulan dengan kemeriahan warnanya

 

 

Berikut pula adalah perbezaan kualiti gambar dalam aspek perincian halus (natural detailing);

Corak duri Elephant Cactus tersusun seragam menyerupai landak
Corak duri Elephant Cactus tersusun seragam menyerupai landak

 

Pengredan warna kelopak Marigold seperti bunga yang terpisah di tengah tanaman
Pengredan warna kelopak Marigold seperti bunga yang terpisah di tengah tanaman

 

Spiral Japanese Cedar yang lebih cantik jika dilihat dari jarak dekat pada bahagian batang yang berpintal
Spiral Japanese Cedar yang lebih cantik jika dilihat dari jarak dekat pada bahagian batang yang berpintal

 

Anthurium yang mempunyai kelopak merah berbentuk hati
Anthurium yang mempunyai kelopak merah berbentuk hati 

 

 

Antara perbezaan kualiti gambar dalam aspek ciri kehidupan (sign of life);

 

Russelia mekar yang akan berubah kepada warna merah pada waktu malam
Russelia mekar yang akan berubah kepada warna merah pada waktu malam

 

Jasmine yang akan mengeluarkan dahan baharu sekitar Mei dan Jun
Jasmine yang akan mengeluarkan dahan baharu sekitar Mei dan Jun

 


Jelas Samsung lagi, dua langkah penting harus dipraktikkan untuk tampil sebagai jurugambar tumbuhan yang profesional.

"Elakkan cahaya matahari yang terlalu cerah kerana dapat menghalang anda menangkap gambar yang baik. Cuaca yang sedikit mendung seperti selepas hujan adalah lebih baik.

"Memilih warna hitam atau gelap sebagai latar belakang kepada subjek memberikan kesan lampu dan warna yang lebih sempurna," jelas Samsung. - DagangNews.com