GETBATS manfaatkan teknologi pintar di iFood Expo Pulau Pinang | DagangNews Skip to main content

GETBATS manfaatkan teknologi pintar di iFood Expo Pulau Pinang

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 Jun - GETBATS dengan kerjasama iFood Expo di Pulau Pinang baru-baru ini telah menunjukkan semangat mereka dalam merintis kemajuan daripada segi teknologi dan membuka jalan kepada teknik pemasaran yang boleh diakses para pengunjung.

 

Melalui kempen ‘iFood Hunter’, syarikat itu menyaksikan para pengunjung iFood Expo mengimbas kod QR di pintu masuk pameran tersebut bagi merebut peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 setiap hari. 

 

Peluang untuk memenangi hadiah utama itu berjaya menarik minat para pengunjung untuk mendaftar dengan GETBATS melalui kod QR tersebut menyumbang lebih 3,000 aplikasi GETBATS untuk dimuat turun dan menerima penebusan sebanyak 1,000 hadiah.

 

Ketua Pegawai Pemasaran GETBATS, Alvin Lee berkata, teknologi menjadi asas utama bagi memastikan setiap pelancaran mendapat sambutan yang hangat. 

 

"Dengan menggabungkan aspek kreatif untuk menarik lebih ramai pengguna, kami berjaya menyatukan rangkaian data yang luas sambil meningkatkan kesedaran mengenai platform GETBATS. 

 

"Kempen ini menggunakan pendekatan bersasar dengan mengambil kira teknologi yang menjadi pilihan generasi masa kini adalah kunci untuk menggalakkan pengaktifan selanjutnya dan kami gembira untuk mengatakan bahawa kami berjaya menarik penglibatan lebih 30,000 pengunjung dalam hanya tempoh 3 hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

 

Jenama-jenama sentiasa menghadapi cabaran menjadi proaktif dalam mewujudkan cara yang kreatif untuk mempengaruhi pengguna. Demi kekal di hadapan para pesaing lain, kebanyakan mereka menggunakan teknologi baru dan sedia ada untuk memenuhi kehendak pengguna serta merangsang pertumbuhan industri. 

 

 

getbats

 

 

Matlamat ujian penyatuan data GETBATS dengan kerjasama iFood membolehkan mereka menilai kadar pembelian dan penggunaan para pengunjung secara serentak dengan penggunaan kod QR, sambil menguji taktik pemasaran secara langsung bagi membuat keputusan berasaskan data. 

 

Kempen iFood Hunter turut menawarkan pelbagai hadiah menarik yang lain, seperti telefon Vivo Y17, pencetak Canon dan baucar F&B daripada Starbucks serta KFC. 

 

Para pengunjung telah dikehendaki mendaftar sebagai pengguna GETBATS melalui kod QR, dan memulakan pencarian harta karun yang membawa mereka ke pelbagai gerai yang berbeza di semua bahagian ekspo tersebut. 

 

Para pengguna kemudiannya mengimbas kod QR di beberapa ‘checkpoint’ yang disediakan dan mengunjungi kaunter GETBATS untuk melengkapkan pencarian harta karun serta melayakkan diri merebut hadiah utama yang disediakan. 

 

GETBATS sentiasa konsisten dalam usaha mengembangkan titik sentuhnya selama ini dan memberi tumpuan kepada usaha mengkonsepsikan program dalam dan luar talian yang direka untuk menarik serta mengekalkan para pelanggan. 

 

Strategi ini telah membantu GETBATS mengembangkan pasaran mereka, dan pada masa sama menghubungkan pemasaran luar talian kepada pertukaran dalam talian. 

 

Pastikan anda mengalami inovasi GETBATS di iFood Expo yang akan datang di Pavilion Exhibition Hall Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 1 hingga 3 Julai 2022. Untuk maklumat lanjut, sila layari getbats.com. - DagangNews.com