Global Turbine Asia peroleh kontrak 3 tahun khidmat sokongan selenggara enjin turbin TP400-D6 bagi kapal terbang A400M | DagangNews Skip to main content

Global Turbine Asia peroleh kontrak 3 tahun khidmat sokongan selenggara enjin turbin TP400-D6 bagi kapal terbang A400M

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Feb - Global Turbine Asia (GTA) memperoleh kontrak selama tiga tahun daripada Kerajaan Malaysia bagi khidmat sokongan menyelenggara enjin turbin TP400-D6 yang digunakan dalam kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), A400M.

 

Ia sekali gus mengkukuhkan kedudukannya sebagai pusat rujukan penyelenggaraan, pembaikan dan pusat pembaikan di Malaysia bagi helikopter dan turbin ketenteraan. 

 

Katanya, sepanjang 14 tahun kewujudannya, GTA telah mengkhususkan diri dalam keperluan berkemahiran tinggi dalam industri aeroangkasa melalui perkongsian strategiknya dengan beberapa pembuat enjin terkemuka dunia.

 

Kontrak itu adalah kemuncak kepada kerjasama dengan Europrop Int Gmbh. (EPI) dan ia membantu mengukuhkan asas GTA sebagai pusat rujukan di Malaysia bagi penyelenggaraan enjin turboprop.

 

Pengerusi Eksekutif GTA, Datuk Nonee Ashirin Mohd. Radzi berkata, GTA telah membuka jalan kepada pertumbuhan industri dan kemahiran dia Malaysia bagi meningkatkan keupayaan negara agar menjadi aset berimpak tinggi pada masa hadapan.

 

"Kami akan berbangga keraja diiktiraf sebagai penyumbang utama kepada landskap perindustrian strategik negara serta menjadi bahan rujukan dalam bidang aeroangkasa," katanya dalam satu kenyataan selepas majlis Pertunjukan dan Pameran Udara Singapura 2024, hari ini.

 

Sementara itu dalam majlis yang sama, Global Systemes Asia (GSA) dan Transfingo Group (TF-CWASM) menjalinkan kerjasama bagi membolehkan Transfingo (Malaysia) Sdn. Bhd., Transfingo Aviation Solutions Pte. Ltd. dan CW Aero Services Pte Ltd (CWAS) membekalkan khidmat kejuruteraan dan peralatan ujian berinovasi tinggi.

 

Menerusi kerjasama itu juga, mereka juga akan menjadi wakil GSA dan anak syarikatnya, Global Component Asia Sdn. Bhd. (GCA) dan GTA bagi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO). 

 

Pengasas dan Pengarah Transfigo Group, Kelvin Chung berkata, pihak teruja untuk bekerjasama dengan GSA dan pihaknya akan berusaha memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan dalam industri penerbangan.

 

"Motivasi dari pasukan profesional GSA dengan kepakaran domain yang mendalam dalam industri  penerbangan akan meningkatkan lagi keupayaan Transfingo di Singapura, Malaysia serta rantau ini," katanya. - DagangNews.com