Globee ambil ratusan kakitangan bekerja dari rumah di Malaysia | DagangNews Skip to main content

Globee ambil ratusan kakitangan bekerja dari rumah di Malaysia

Sudhir Agarwal

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Pusat Pengalaman Pelanggan Berbilang Bahasa generasi akan datang, Globee mengambil beratus-ratus kakitangan di Malaysia bagi mengisi kekosongan tenaga kerjanya yang dijangka meningkat kepada 740 orang menjelang Disember 2020.

Globee yang merupakan pusat usaha sama antara Everise dan UBASE telah mencatatkan pertumbuhan hasil tahunan mereka hampir 250% hingga Mei tahun ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Everise, Sudhir Agarwal berkata, pihaknya telah bersedia dari segi operasi untuk bekerja dari rumah sekali gus meletakkan mereka pada kedudukan yang kukuh untuk meneruskan pertumbuhan ekonomi akibat COVID-19.

"Everise telah melaksanakan konsep kerja dari rumah (W@H) bagi 90% daripada 12,000 tenaga kerja keseluruhannya dalam masa dua minggu pada bulan Mac 2020.

"Kami adalah syarikat yang mengutamakan kakitangan yang mempunyai DNA keusahawanan dan inovasi dalam syarikat. Nilai-nilai ini amat penting untuk dipraktikkan dalam memberi tawaran jenama yang luar biasa," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Everise adalah jenama pengalaman peringkat global yang memperluas transformasi CX daripada syarikat-syarikat dalam Fortune 500 kepada perusahaan yang sedang berkembang serta syarikat teknologi baharu yang mancatatkan pertumbuhan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya pula pernah menerima penarafan positif 94% di anugerah Glassdoor.

Kadar pemberhentian kakitangan pula jatuh ke tahap terendah iaitu 1.9% pada bulan Mei dan kadar kelulusan prestasi syarikat meningkat kepada 76%.

Jelas Agarwal lagi, Malaysia adalah negara yang paling sesuai untuk menempatkan pusat perkhidmatan yang memberikan sokongan dalam semua bahasa Asia.

Cuaca dan kedudukan geografi negara ini menarik penutur asli dari seluruh Asia untuk menetap di Malaysia memandangkan lebih 50% daripada juara pelanggan (CX) syarikat di Malaysia adalah berasal dari Asia Utara seperti Jepun, Taiwan dan Korea.

"Ini bermakna di Malaysia, Everise boleh memberikan khidmat sokongan kepada syarikat-syarikat logistik, permainan, pengguna dan teknologi kewangan.

"Malah, menerusi Globee, Everise menjadi salah satu majikan penutur bahasa Jepun terbesar di Malaysia dengan lebih 250 anggota kakitangan sepenuh masa yang berbangsa Jepun," jelasnya - DagangNews.com