GoCar Malaysia tawar hadiah percutian ke Korea sempena kempen Tahun Baharu Cina | DagangNews Skip to main content

GoCar Malaysia tawar hadiah percutian ke Korea sempena kempen Tahun Baharu Cina

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 19 Jan - Platform perkhidmatan mobiliti, GoCar Malaysia melancarkan kempen Tahun Baharu Cina yang menawarkan hadiah dan tawaran eksklusif ke atas semua rangkaian perkhidmatannya seperti GoCar Share, GoCar Subs, GoCar Garage dan GoCar Cuba Beli.

 

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, berlangsung sehingga 29 Februari 2024, kempen dengan bertemakan 'Joyful Journeys: Drive into the New Year with Prosperity' itu bertujuan memberi kemudahan dan perjalanan selamat kepada pengguna GoCar. 

 

Katanya, pada masa sama dapat menikmati lebih penjimatan dan hadiah menarik, termasuk percutian ke Korea. 

 

"Kami sentiasa mencari jalan untuk memberi nilai tambah kepada para pelanggan. Menerusi kempen Tahun Baru Cina ini, kami menjemput semua pengguna GoCar untuk meraikan musim perayaan ini dengan mudah, selamat dan makmur. 

 

"Sama ada dengan berkongsi kereta melalui GoCar Share, melanggan kereta dengan GoCar Subs, menyelenggara kereta dengan GoCar Garage atau membeli kenderaan terpakai menerusi GoCar Cuba Beli, pelanggan boleh mengakses rangkaian rumusan mobiliti kami serta meningkatkan peluang untuk memenangi hadiah utama," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Sementara itu, GoCar Malaysia memaklumkan, tarikan utama kempen ialah peraduan 'Double Fortune Lucky Draw Dip' yang menawarkan peluang peserta memenangi hadiah utama berupa tiket pergi balik untuk dua orang ke Korea. 

 

"Hadiah kedua ialah Apple Watch, diikuti hadiah ketiga iaitu Apple AirPods. Hadiah saguhati tambahan termasuklah pakej menukar minyak TotalEnergies Fully Synthetic, pakej TotalEnergies Semi-Synthetic dan baucar Zus Coffee bernilai RM10 setiap satu," katanya.

 

 

gocar

 

 

Katanya, peraduan itu terbuka kepada semua perkhidmatan yang mengambil bahagian. Pelanggan boleh meningkatkan peluang kemenangan dengan memperbanyakkan penyertaan yang berbeza mengikut perkhidmatan GoCar. 

 

"Untuk mengetahui jumlah penyertaan bagi setiap perkhidmatan, sila layari laman https://joyfuljourneys.gocar.my/. Pemenang akan diumumkan pada minggu pertama Mac," katanya.

 

 

gocar

 

 

Katanya, untuk lebih penjimatan dan kemudahan, GoCar turut menawarkan promosi-promosi eksklusif Tahun Baharu Cina sepanjang tempoh kempen untuk setiap perkhidmatan yang mengambil bahagian.

 

"Mereka yang mahu membuat perjalanan jarak dekat boleh menikmati diskaun sebanyak 28% ke atas tempahan minimum sehari dengan kod promo “GODRAGON”. Ini akan memberi penjimatan di antara RM38 dan RM88 sehari," katanya.

 

 

gocar

 

 

gocar

 

 

Katanya, promosi itu terpakai kepada tempahan pergi balik dan terbuka ke atas semua kenderaan di dalam rangkaian GoCar Share. - DagangNews.com