GoCar rekod jarak perjalanan lebih setengah juta kilometer menerusi program GoEV dalam tempoh setahun | DagangNews Skip to main content

GoCar rekod jarak perjalanan lebih setengah juta kilometer menerusi program GoEV dalam tempoh setahun

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 Dis - GoCar Malaysia merekodkan lebih 500,000 kilometer (km) dalam jumlah jarak yang dilalui menerusi perkongsian kenderaan elektrik (EV) sejak melancarkan program GoEV di Lembah Klang pada Disember 2021.

 

Lebih daripada 1,000 pengguna GoCar telah mengambil peluang untuk mengalami pemanduan bandar yang tenang dan bersih dengan pilihan 'GoEV Share'. 

 

Bagi lebih 90% daripada mereka, ia merupakan pengalaman pertama mereka dalam kenderaan elektrik sepenuhnya.

 

Selaras dengan rancangan pengembangannya yang berterusan, GoCar juga telah menambah kumpulan GoEV Share. 

 

Syarikat itu menjangkakan akan mempunyai lebih 30 unit Nissan Leaf yang ditempatkan di 20 zon di Lembah Klang, menjadikan jumlah keseluruhan armada GoEVnya kepada lebih 50 unit untuk kedua-dua pilihan perkongsian dan langganan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, pasaran EV di Malaysia telah mendapat momentum khususnya dalam pembangunan infrastruktur pengecasan dan pengenalan lebih banyak model EV daripada pelbagai jenama kereta. 

 

Bagaimanapun katanya, akses kepada orang ramai masih menjadi cabaran kerana kos yang tinggi untuk membeli EV, memandangkan keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

 

 

gocar
                                                                           Wong Hoe Mun

 

 

gocar

 

 

gocar

 

 

"Matlamatnya adalah untuk menyediakan akses EV yang lebih mampu milik kepada orang awam boleh mengalami gaya hidup EV. 

 

"Melalui model langganan kami, bakal pembeli EV juga boleh memanfaatkan GoEV untuk pengalaman jangka panjang sebelum membelinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

gocar

 

 

gocar

 

 

Dalam pada itu, sempena ulang tahun pertama GoEV, GoCar menawarkan penjimatan sehingga 70% (terhad pada RM80) untuk tempahan perkongsian kereta GoEV dengan kod promo "1STGOEV".

 

Tawaran promosi masa terhad hanya sah untuk tempahan yang dibuat antara 12 dan 15 Disember, tetapi pengguna mempunyai masa sehingga 31 Januari 2023 untuk menebus tempahan mereka berdasarkan rancangan perjalanan mereka.

 

Selain itu, GoCar akan memberikan 100,000 GoPocket Points, bersamaan RM1000, kepada 10 pengguna bertuah. - DagangNews.com