Guan's Kopitiam buka 3 cawangan baharu di Sabah menjelang akhir 2023 | DagangNews Skip to main content

Guan's Kopitiam buka 3 cawangan baharu di Sabah menjelang akhir 2023

Guan' Kopitiam menampilkan suasana yang mengimbau nostalgia kepada pelanggan. .
Oleh DOMINIC G JOSEPH

KOTA KINABALU 24 Feb - Sebuah kopitiam terkenal di Sabah, Guan's Kopitiam akan membuka tiga lagi cawangan baharu di Kota Kinabalu dan Penampang menjelang akhir tahun ini.

 

Pengurus Kualiti dan Sumber Manusia Guan's Kopitiam, Joshua Quek Swee Hon berkata, ia berikutan terdapat banyak permintaan daripada pelanggan sama ada pelancong ataupun penduduk tempatan.

 

Katanya, konsep kopitiam tradisi mereka mempunyai tarikan istimewa, nostalgia dan popular dalam kalangan pengunjung. 

 

"Maka, pihak pengurusan memutuskan untuk mengembangkan sayap ke Kota Kinabalu dengan pembukaan dua outlet. 

 

"Kami juga merancang membuka cawangan ketiga pada November 2023 di Jalan Bundusan, daerah Penampang," katanya ketika ditemui DagangNews, di sini.

 

Untuk rekod, selain Kota Kinabalu Guan's Kopitiam turut memiliki dua cawangan di Pusat Bandar Puchong dan Petaling Jaya di Selangor sejak tahun lepas.

 

 

gk
Krew Guan's Kopitiam menyiapkan hidangan untuk disajikan kepada pelanggan.

 

 

gk
Guan's Kopitiam menerima sambutan positif daripada pelanggan.

 

 

Menurut Joshua, Guan's Kopitiam yang pertama dibuka pada March 2019 di Sutera Avenue dan outlet kedua di Jalan Gaya, Kota Kinabalu pada Mei 2021. 

 

Ujarnya, purata pengunjung terdiri daripada 70% warga tempatan dan 30% pelancong asing.

 

Joshua berkata, antara hidangan yang menjadi pilihan pelanggan adalah mi mamak, nasi lemak yang dihidangkan bersama rendang ayam, kari ayam atau sambal.

 

 

gk
Pengasas Guan's Kopitiam, Pua Kim Guan

 

 

gk
Para pekerja di Guan's Kopitiam di Kota Kinabalu, Sabah.

 

"Selain itu kami turut menyajikan mi siam, selain pilihan pasta seperti carbonara, bolognese dan aglio olio. Paling mendapat permintaan, telur separuh masak yang dimakan bersama roti bakar kaya bersama kombinasi kopi yang dibancuh secara 'kaw'.

 

 

gk
Pua Jia Jun (kiri) dan Joshua Quek Swee Hon 

 

 

"Kami juga menghidangkan pelbagai jenis menu kroisan atau roti tanduk butter kaya atau kroisan telur mayo dan ham," katanya.

 

Waktu operasi Guan's Kopitiam bermula pada pukul 8 pagi hingga 10 malam. - DagangNews.com