Hadiah Richworks untuk 30 PKS Indonesia: tajaan pementoran bernilai RM1.9 juta  | DagangNews Skip to main content

Hadiah Richworks untuk 30 PKS Indonesia: tajaan pementoran bernilai RM1.9 juta 

Usahawan-usahawan Indonesia bergambar bersama pengendali Richworks International dan RichWorks Indonesia di Bali, baru-baru ini.
Oleh Mohamad Iman

BALI 12 Sept - Sebanyak 30 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Indonesia menerima tajaan bernilai RM1.9 juta daripada RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bersama RichWorks Indonesia pada Jumaat lalu. 

 

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, usahawan terpilih tersebut yang mengikuti Inner Circle Meeting (ICM) Indonesia pada minggu lalu mendapat ‘hadiah’ dengan tajaan bimbingan selama 6 bulan. 

 

Katanya, kejutan itu merupakan inisiatif mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks bersama Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (Kemenparekraf) dipimpin Dr. Sandiaga Uno. 

 

"Kami mahu pastikan 30 usahawan terlibat yang dipanggil Mentorship Indonesia bukan saja mampu bertahan malah up scale lagi ketika cabaran masa ini. 

 

“Setiap seorang menerima tajaan RM65,000 bagi mendapatkan bimbingan online dan offline secara berkala bersama RichWorks agar membina bisnes berjaya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 


 

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. (dua kari kanan)

 


Pada Jumaat lalu,  majlis tandatangani persetujuan 30 PKS Indonesia  dibimbing selama 6 bulan, ketika ICM di The Mulia, Nusa Dua. 

 

BACA JUGA: RichWorks fokus Inner Circle Meeting kepada usahawan Indonesia 

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RichWorks Indonesia, Aryani Firdaus memberitahu, peluang itu tidak akan dapat capai sasaran jika usahawan itu sendiri tidak mahu berubah dan lakukan tindakan susulan. 

 

“Kejayaan seseorang wirausaha itu bermila dan sangat bergantung pada diri sendiri, dari segi mindset, sikap dan ilmu. 

 

“Oleh itu, mereka ini perlu bersungguh ketika dibimbing dan lakukan tindakan seperti dipelajari,” jelasnya. 


 

richworks

 

richworks
Erna Sari menitis air mata bila menerima hadiah istimewa berupa tajaan bimbingan selama 6 bulan daripada RichWorks dengan kerjasama Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (Kemenparekraf) Indonesia.

 


Bagi salah seorang pengusaha ayam penyet Bandung, Erna Sari memberitahu, penyertaannya dalam ICM telah membuka mindanya dengan ilmu bisnes lebih meluas. 

 

"Tentang dunia digital, pemasaran, kepimpinan dan pastinya networking bersama usahawan jutawan dari Malaysia," jelasnya. - DagangNews.com