Hap Seng dijangka tiada masalah dapatkan tenaga kerja asing baharu, kata AmInvestment | DagangNews Skip to main content

Hap Seng dijangka tiada masalah dapatkan tenaga kerja asing baharu, kata AmInvestment

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 April - Hap Seng Plantations Holdings Berhad dijangka tidak berdepan sebarang masalah dalam pengambilan tenaga kerja asing bagi menggantikan mereka yang akan keluar.

 

AmInvestment Bank Research berkata, kerana saiznya yang kecil, kumpulan itu tidak berdepan masalah kekurangan tenaga kerja yang ketara berbanding pesaing mereka yang lebih besar.

 

Firma itu berkata, pada akhir FY22, kumpulan itu mempunyai tenaga kerja ladang seramai 7,700 orang.

 

Firma itu berpendapat, bahawa kos pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) FY23F kumpulan akan menurun kepada RM2,400/tan daripada RM2,559/tan pada FY22.

 

"Ini adalah berikutan jumlah pengeluaran MSM yang lebih tinggi dan penurunan kos baja. Kos baja kumpulan dijangka berkurangan pada 2HFY23 sejajar dengan aliran harga global. 

 

"Jika dibandingkan dengan FY22, kos baja kumpulan itu dijangka hanya sedikit lebih rendah kerana kos masih tinggi pada 1HFY23.

 

"Kumpulan itu akan membuat tender untuk keperluan baja 2HFY23 tidak lama lagi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu sedang membina loji biogas ketiganya dengan kos sekitar RM13 juta.

 

Katanya, apabila loji biogas siap pada FY24, kumpulan itu akan mematuhi sepenuhnya garis panduan pelepasan pelepasan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

 

"Selain itu, kumpulan itu juga boleh menikmati elaun pelaburan daripada loji biogas," katanya.

 

Firma itu menyemak naik penarafan kumpulan itu daripada 'pegang' kepada 'beli' dengan harga wajar (FV) RM2.20 sesaham. - DagangNews.com