Harga bahan mentah tidak stabil dijangka jejas pemulihan eksport Superlon | DagangNews Skip to main content

Harga bahan mentah tidak stabil dijangka jejas pemulihan eksport Superlon

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Julai - MIDF Research menjangkakan pemulihan jualan eksport Superlon Holdings Berhad akan berdepan beberapa masalah termasuk harga bahan mentah yang tidak stabil di pasaran.

 

Firma itu berkata, selain itu kumpulan itu juga berdepan beberapa masalah lain termasuk kadar tukar wang asing yang tidak stabil.

 

"Pada masa sama, kumpulan itu juga akan berepan gangguan rantaian bekalan global yang akan menyebabkan kos penghantaran kekal tinggi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu merekodkan keuntungan teras bersih (CNP) sebanyak RM6.2 juta bagi FY22 yang menyamai unjuran firma dan ia adalah 97% daripada unjuran penuh setahun.

 

Bagaiamanapun, kumpulan itu merekodkan pendapatan yang lebih rendah iaiatu RM25.6 juta (-7.6% dari tahun ke tahun) bagi 4QFY22 kesan daripada penurunan 10.5% daripada jualan dalam segmen pembuatan.

 

Permintaan juga lebih lemah disebabkan kos logistik yang tinggi didorong oleh konflik gepolitik di Eropah.

 

Keuntungan sebelum cukai mereka menurun kepada RM1.1 juta kesan daripada peningkatan harga barangan dan kos logistik yang menyebabkan penurunan 9.0% margin keuntungan.

 

Firma itu tidak membuat sebarang perubahan untuk unjuran pendapatan kerana keputusan kewangan kumpulan adalah di dalam jangkaan.

 

"Jumlah dividen yang diisytiharkan semasa FY22 ialah 1.5 sen, mewakili pembayaran dividen sebanyak 38%," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' untuk Superlon dengan harga sasaran (TP) tidak berubah RM1.02. - DagangNews.com