Harga emas dijangka merosot ke tahap 4 tahun | DagangNews Skip to main content

Harga emas dijangka merosot ke tahap 4 tahun

 

 

BENGALURU 30 Nov. - Harga emas jatuh pada Isnin, dan dijangka berdepan bulan paling terburuk dalam tempoh 4 tahun apabila keyakinan terhadap vaksin COVID-19 dan pemulihan ekonomi semakin meningkat. 

 

Ini secara tidak langsung membawa ekuiti ke tahap paling rendah ekoran meningkatnya tarikan terhadap aset selamat. 

 

Kontrak emas jatuh 1.2% kepada AS$1,766.26 per auns setakat 0301 GMT. Setakat bulan ini, emas jatuh 5.9%, penurunan terbesar sejak November 2016. 

 

Niaga hadapan emas pula jatuh 0.5% kepada AS$1,772.60.  

 

Ketua Strategi CMS Markets, Michael McCarthy berkata, perkembangan vaksin ini secara dasarnya telah mengikis tarikan terhadap pelaburan aset selamat seperti emas. 

 

"Untuk melepasi paras AS$1,800 kini hanya imaginasi dan akan menjadi pencetus lain," katanya dalam laporan Reuters. 

 

Keyakinan terhadap vaksin COVID-19 yang semakin meningkat telah menolak dolar AS ke paras terendah dalam tempoh lebih 2 tahun dan meletakkan pasaran saham dunia dalam momentum untuk meraih keuntungan.  

 

Malah, sentimen risiko ini juga didorong oleh data perkilangan China yang menunjukkan aktivitinya berkembang pantas dalam tempoh lebih 3 tahun pada November. 

 

Selain itu, para pelabur juga ternanti-nanti testimoni Pengerusi Rizab Persekutuan AS mengenai hala tuju dasar monetari minggu ini. 

 

Emas dilihat sebagai lindung nilai terhadap inflasi yang mungkin disebabkan oleh rangsangan monetari.

 

Bank Wall Street, Citi pula menjangkakan penjualan jongkong emas akan meruncing pada Disember dengan paras sokongan pada pertengahan AS$1,700.

 

"Tekanan mungkin melonjakkan harga melebihi paras AS$2,000 per auns dalam tempoh 3 hingga 6 bulan akan datang," kata bank itu yang turut menjangkakan dolar AS melemah dan kadar faedah rendah. 
  


Harga perak pula jatuh 3.2% kepada AS$21.96 per auns manakala platinum susut 0.9% kepada AS$954.64 dan palladium jatuh 0.4% kepada AS$2,416.22. - DagangNews.com