Harga purata jualan produk Kossan Rubber dijangka menurun pada FY22 - MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Harga purata jualan produk Kossan Rubber dijangka menurun pada FY22 - MIDF Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 April - MIDF Research menjangkakan harga purata jualan (ASP) produk Kossan Rubber Industries Berhad menurun pada FY22 selain sektor pembuatan sarung tangannya akan terus menghadapi saingan daripada pengeluar domestik dan antarabangsa.

 

Firma itu juga menjangkakan berlaku peningkatan dalam aktiviti ekonomi dan perbelanjaan infrastruktur secara domestik selain segmen automotif.

 

Kumpulan itu akan terus memberikan sokongan kepada segmen produk getah teknikal (TRP) yang kekal memberikan keuntungan kepada mereka pada FY22.

 

"Kami menyemak turun unjuran pendapatan kumpulan itu sebanyak 13.2% selaras dengan penurunan ASP kumpulan selain mengambil kira peralihan ke fasa endemik.

 

"Kumpulan itu boleh menjangkakan berlakunya ketida seimbangan antara permintaan dan bekalan dalam tempoh terdekat selain pengurangan permintaan terhadap sarung tangan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini. 

 

Firma itu berkata, pendapatan teras Kossan Rubber bagi 3MFY22 adalah sebanyak RM90.1 dan ia adalah di bawah jangkaan dan hanya membentuk 20.3% anggaran penuh bagi setahun.

 

Keuntungan bersih bagi suku pertama juga menurun sebanyak 58.62% daripada RM219.07 juta berbanding 4QFY21 manakala pendapatan menurun sebanyak 25.3% daripada RM924.56 million in 4QFY21.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' dengan menyemak semula harga sasaran (TP) kepada RM1.66 berbanding RM1.78. - DagangNews.com