Heitech Padu berdepan tekanan jualan selepas harga sahamnya menjunam 29.9% | DagangNews Skip to main content

Heitech Padu berdepan tekanan jualan selepas harga sahamnya menjunam 29.9%

Ibu pejabat Heitech Padu Berhad di Subang Jaya, Selangor.

KUALA LUMPUR 19 Jan - Saham Heitech Padu Berhad berdepan tekanan jualan pada dagangan hari ini selepas harga sahamnya menjunam 29.9% mencapai had penurunan.

 

Pada pukul 10.27 pagi, saham itu yang dibuka pada harga RM1.05 sesaham mencecah had penurunan kepada 75 sen.

 

Kaunter itu, yang menyaksikan 2.72 juta saham diniagakan, adalah kerugian kelima terbesar pada sesi pagi.

 

Pada 12 Januari lalu, saham itu mencecah paras tertinggi setahun pada harga RM1.17. 

 

Kali terakhir saham jatuh di bawah 80 sen adalah pada 27 November tahun lalu sebelum mencapai hadnya dan kaunter tersebut telah mencatatkan peningkatan lebih 30% setakat ini.

 

Pada harga 75 sen, syarikat itu mempunyai permodalan pasaran RM75.92 juta, turun RM42.51 juta daripada RM118.43 juta pada Jumaat lalu.

 

Pada suku kewangan ketiga berakhir 30 September 2023 (3QFY23), Heitech Padu mengecilkan kerugian bersihnya kepada RM1.4 juta berbanding RM3.53 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

 

Sementara itu, pendapatannya turun 11.94% tahun ke tahun kepada RM63.43 juta daripada RM72.04 juta setahun sebelumnya disebabkan margin keuntungan yang lebih rendah.

 

Pemegang saham terbesar syarikat itu ialah Padujade Corp Sdn. Bhd., kenderaan persendirian bekas Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya Datuk Sri Mohd. Hilmey Mohd. Taib, dengan 14.17% kepentingan. Beliau jugamemiliki 3.82% pegangan langsung dalam syarikat itu.

 

Beberapa kaunter saham modal sederhana juga dilihat mencapai had penurunan sepanjang minggu lalu, termasuk Silver Ridge Holdings Berhad, Widad Group Berhad, Jentayu Sustainables Berhad, Mercury Securities Berhad dan Artroniq Berhad. - DagangNews.com