SINGAPURA 2 Dis /PRNewswire/ - Hitachi Solutions, penyedia penyelesaian industri global terkemuka yang dikuasakan oleh Aplikasi Awan dan Perniagaan Microsoft, dengan bangganya mengumumkan kedudukannya dalam kategori Peneraju bagi IDC MarketScape: Penilaian Vendor Perkhidmatan Pelaksanaan Microsoft Dynamics 365 Asia/Pasifik 2021.
Pengurus Penyelidikan bagi penyelidikan perisian dan perkhidmatan IDC Asia/Pasifik, Rijo George Thomas berkata, Hitachi Solutions telah menjadi rakan kongsi Microsoft selama 15 tahun dengan pengetahuan Dynamics 365 yang kukuh.
Menurutnya, dengan pengalaman yang mantap dalam menjalankan pelaksanaan D365 dan kepakaran industri yang kompleks, terutamanya dalam pembuatan, peruncitan, perkhidmatan kewangan, insurans, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan profesional, penyelesaian Hitachi membawa hasil transformasi Microsoft kepada para pelanggan di Asia Pasifik.
Kajian ini mengiktiraf keupayaan Hitachi Solutions dalam penyampaian D365 yang kukuh di seluruh Asia Tenggara, Jepun, China dan India serta IP khusus perniagaan dan industrinya yang meluas yang merangkumi perkhidmatan jualan, pemasaran, kewangan, operasi dan lapangan.
Presiden Hitachi Solutions Asia Pasifik yang juga Pengerusi Hitachi Solutions India, Kazunori Miyabayashi berkata, pihaknya berbangga dinobatkan sebagai Peneraju dalam IDC MarketScape pada tahun ini.
"Kami melihatnya sebagai bukti kejayaan global kami dalam membentuk semula penyelesaian inovatif dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang luar biasa.
''Melalui kerjasama kami dengan jenama yang paling dipercayai di dunia ini, kami terus menunjukkan kepakaran dan mengembangkan keupayaan kami yang membolehkan kami menyokong perniagaan global di semua pasaran utama," kata beliau dalam kenyataan di sini.
Pengalaman Hitachi Solutions dalam menerajui inisiatif transformasi digital kepada para pelanggan telah membantu membezakan syarikatnya dalam kalangan pesaing.
Dengan kepakaran dan keupayaan produk yang mendalam untuk menempatkan penyelesaian awan mengikut konteks pada pelbagai industri, Hitachi Solutions tetap komited dalam menyediakan pelaksanaan D365 yang cemerlang. - DagangNews.com