HLIB jangka harga bahan mentah untuk produk kayu akan terus mencatatkan penurunan | DagangNews Skip to main content

HLIB jangka harga bahan mentah untuk produk kayu akan terus mencatatkan penurunan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 31 Mac - Hong Leong Investment Bank Research menjangkakan harga bahan mentah untuk pembuatan produk kayu akan mencatatkan penurunan meskipun berlaku kemelut perdagangan melibatkan kuasa-kuasa besar dunia.

 

Firma penyelidikan itu berkata, di sebalik peningkatan kos bahan mentah sebelum ini akibat gangguan rantaian bekalan, kekurangan tenaga pekerja akibat penutupan sempadan antarabangsa, harga jualan purata (ASP) untuk produk itu berjaya mengimbangi kenaikan harga bahan mentah selain permintaan yang tinggi.

 

"Kenaikan harga barangan membuatkan harga jualan papan gentian berketumpatan sederhana (MDF) hingga 30% pada Januari 2022 namun ia mula munjukkan trend menurun dan selain penurunan dalam Indeks Tekanan Rantaian Bekalan Global (menurun kepada 3.3 berbanding parasa tertinggi 4.5 pada Disember 2021)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, sebelum ini berlaku peperangan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) - China, AS-Kanada dan konflik Rusia-Ukraine yang menyebabkan ketidak seimbangan bekalan global.

 

China, Kanada dan Rusia merupakan lima negara pengeksport produk kayu terbesar dunia pada 2019.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pemain industri akan berubah mencari sumber bekalan baharu seperti di Vietnam, Indonesia dan Malaysia sekiranya berlaku gangguan bekalan.

 

"Perkara sama pernah berlaku pada 2018 apabila AS memulakan peperangan perdagangan dengan China, selepas dua tahun pegangan pasaran AS untuk sektor import kayu dari China menurun daripada 31% kepada 12.3%," katanya.

 

Firma penyelidkan itu percaya, industri pembuatan kayu akan terus mencatatkan keuntungan sekurang-kurangnya untuk tahun 2022.

 

"Syarikat yang menghasilkan papan panel akan meraih keuntungan daripada daripada kitara menaik industri komoditi ini," katanya. - DagangNews.com