HLIB jangka pendapatan PMETAL melonjak lebih sekali ganda bagi FY21 | DagangNews Skip to main content

HLIB jangka pendapatan PMETAL melonjak lebih sekali ganda bagi FY21

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Feb - HLIB Research menjangkakan pendapatan Press Metal Aluminium (PMETAL) bagi tahun kewangan 2021 (FY21) akan meningkat lebih daripada sekali ganda berbanding tahun ke tahun (YoY) berpunca daripada lonjakan pendapatan pada suku keempat 2021 (4Q21).

 

Firma penyelidikan itu berkata, bagi suku keempat 2021 (4Q21) PMETAL melonjak antara RM330 juta (+16% QoQ, +100% YoY) dan RM370 juta (+31% QoQ, +125% YoY) selepas mengambil kira tidak berlaku sebarang perubahan kos struktur.

 

Peningkatan ketara itu adalah disebabkan harga aluminium yang tinggi di London Metal Exchange (LME) dengan purata AS$2,760/tan (RM11,527/tan) berbanding AS$1,931/tan (RM8,064/tan) pada 4Q20 serta penyambungan semula projek Samalaju Fasa 3 yang menyumbang kepada peningkatan jualan pada 4Q21.

 

"Pendapatan 4Q21 memberi bayangan pendapatan terkumpul antara RM1.07 bilion sehingga RM1.11 bilion iaiatu peningkatan 124 hingga 132% YoY berbanding keuntungan FY20 iaitu RM479 juta.

 

"Kami menjangkakan pendapatan yang kukuh untuk 4Q PMETAL dengan mereka akan mendapat manfaat daripada Projek Samalaju Fasa 3 yang bermula pada Oktober 2021, peningkatan harga aluminium LME dan pertambahan pendapatan daripada pemilikan 25% projek PT Bintan Fasa 1," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu juga menjangkakan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) akan meningkat sebanyak 130% (RM1.1 bilion pada FY21F) dan 111% (RM2.3 bilion FY22F) selain bakal menyumbang kepada kadar pertumbuhan dikompaun (CAGR) sebanyak 121%.

 

"Kami menganggap pertumbuhan itu sebagai sesuatu yang jarang berlaku untuk syarikat large-cap," katanya.

 

alumi

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan nilai TP RM7.25 sesaham sekoran beberapa faktor seperti memterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Sarawak Energy Berhad selain pengurangan premium proksi aluminium yang boleh dilabur di Malaysia.

 

"Penggunaan mesin pelebur hidro dan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang baik membuatkan kumpulan itu menjadi pilihan ramai pelabur," katanya. - DagangNews.com