HLIB kekal penarafan 'overweight' terhadap sektor penjagaan kesihatan didorong permintaan berdaya tahan | DagangNews Skip to main content

HLIB kekal penarafan 'overweight' terhadap sektor penjagaan kesihatan didorong permintaan berdaya tahan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Julai - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengekalkan penarafan 'overweight' terhadap sektor penjagaan kesihatan didorong permintaan berdaya tahan.

 

Pada masa sama, firma itu juga positif terhadap prospek sektor itu.

 

Firma itu berkata, pusat penjagaan lesihatan di bawah liputan mereka mencatatkan pertambahan kehadiran pesakit termasuk semasa musim perayaan pada suku pertama tahun ini mencerminkan permintaan positif.

 

"Dengan pertambahan peruntukan kepada Kementeria Kesihatan (KKM), Pharmaniaga Berhad, UmediC Group Berhad and UEM Edgenta Berhad dijangka menerima manfaat daripada perolehan ubat-ubatan, bahan habis pakai dan peralatan perubatan yang dipertingkatkan, serta kemungkinan pesanan kerja dan peluang penyelenggaraan peralatan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu kekal dengan pendirian 'overweight' didorong permintaan yang berdaya tahan.

 

“KPJ Healthcare Bhd (Beli, TP: RM1.50) merupakan pilihan utama kami dalam sektor itu selepas mengambil kira kualiti yang dimilikinya selain peningkatan berterusan ke atas hospital mereka.

 

"Selain itu, ia juga didorong sumbangan pelancongan perubatan dan pelupusan aset Indonesia yang merugikan.

 

"Pharmaniaga merupakan satu-satunya syarikat penjagaan kesihatan dalam liputan kami dengan penarafan 'jual', disebabkan ketidaktentuan mengenai garis masanya untuk menarik balik status Nota Amalan 17 (PN17)," katanya. - DagangNews.com