HLIB Research kekal penggilan Neutral, talian tetap penerima manfaat utama infrastruktur 5G | DagangNews Skip to main content

HLIB Research kekal penggilan Neutral, talian tetap penerima manfaat utama infrastruktur 5G

Oleh NABILA YASMIN RAZIB 
nabila@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 10 Jan - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengekalkan penggilan NEUTRAL dan mengulangi penekanannya terhadap segmen talian tetap kerana ia merupakan penerima manfaat utama dalam penggunaan infrastruktur jalur lebar 5G.

 

Dalam nota penyelidikannya hari ini, HLIB Research berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengulangi rancangannya bagi pelaksanaan Rangkaian Pemborong Tunggal (SWN) 5G dan ia akan berjalan seperti yang dirancang. 

 

"Sekiranya terdapat lebih daripada satu rangkaian 5G pada masa hadapan, kami berpendapat ini mungkin lebih menguntungkan pemain talian tetap disebabkan kuasa tawar-menawar yang semakin berkurangan daripada mana-mana pencari akses 5G," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

 

Tambahnya, HLIB Research memuji langkah kerajaan untuk menubuhkan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk melancarkan satu infra 5G neutral tunggal. 

 

Katanya, rangkaian 5G tersebut dijangka merupakan Akses Bukan Kendiri (NSA) dan Akses Kendiri (SA) yang memberikan keserasian penuh kepada semua peranti 5G peranti di pasaran. 

 

"Walau bagaimanapun, terdapat panggilan daripada industri untuk membenarkan rangkaian 5G tambahan berjalan selari dengan DNB.

 

"Ketidakpastian ini bagaimanapun dihapuskan apabila kerajaan mengulangi komitmen bagi SWN dan penempatan akan berjalan seperti yang dirancang," katanya.

 

Jelas HLIB Research, permintaan akan meningkat bukan sahaja dari segi kapasiti, tetapi juga liputan untuk mengimbangi kekurangan spektrum 5G dan lonjakan dalam permintaan jalur lebar borong akan meningkatkan margin walaupun di bawah rejim  harga akses standard mandatori (MSAP)  .

 

"Sekiranya terdapat lebih daripada satu rangkaian 5G pada masa hadapan, kami fikir ini mungkin lebih menguntungkan pemain talian tetap kerana kuasa tawar-menawar yang semakin berkurangan daripada mana-mana pencari akses 5G dengan permintaan lebar jalur yang lebih rendah, justeru diskaun pukal / jumlah yang lebih kecil.

 

"Pilihan utama kami adalah TM (Beli; harga sasaran (TP) RM7.93); TimeDotCom (Beli; TP RM5.61)," katanya. -DagangNews.com