HLIB semak naik penarafan Velesto kepada 'pegang' dengan TP 25 sen sesaham | DagangNews Skip to main content

HLIB semak naik penarafan Velesto kepada 'pegang' dengan TP 25 sen sesaham

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Okt - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menyemak naik penarafan Velesto Energy Berhad kepada “pegang” dengan harga sasaran (TP) yang lebih tinggi sebanyak 25 sen berbanding 19 sen sebelum ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, velesto berkemungkinan mencatatkan kerugian pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2023 (3QFY23), apabila kadar penggunaan armada pelantar jack-up merosot kepada kira-kira 50%. 

 

Katanya, ia berpunca daripada Naga 2 (menjalani pembaikan dan penyelenggaraan ), Naga 3 (pengehentian seketika kerja), Naga 4 (di bawah tinjauan berkala khas), dan Naga 8 (pemeriksaan bawah air).

 

HLIB menjangkakan prestasi Velesto mencatatkan peningkatan semula pada 4QFY23, kerana pelantar jack-up dijangka beroperasi pada tahap melebihi 95% kadar penggunaan.

 

Selain itu kadar sewa harian lebih tinggi iaitu AS$100,000 hingga AS$105,000 sehari (berbanding AS$94,000 pada 2QFY23) bagi Naga 4 dan 6.

 

"Jangkaan tekanan kos ke atas Velesto akan kembali stabil pada masa hadapan dan seharusnya membawa kepada peningkatan pendapatan berbanding 4QFY23.

 

“Kami merombak model kewangan kami, dan memperkenalkan semula ramalan FY23/24/25 kepada RM74.1 juta/RM144.7 juta/RM163 juta. 

 

"Kumpulan itu mempunyai profil risiko dan ganjarannya seimbang pada ketika ini, kerana pasaran berkemungkinan menaikkan harga dalam pendapatannya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.- DagangNews.com