KUALA LUMPUR 6 Jan - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengunjurkan penurunan permintaan terhadap perabot selepas tiada lagi sekatan terhadap pandemik COVID-19 di seluruh dunia.
Keadaan itu juga akan melemahkan ekonomi Amerika Syarikat (AS)
Firma itu berkata, selepas ketiadaan larangan pergerakan, perbelanjaan pengguna akan lebih cenderung kepada percutian dan riadah.
"Industri perabot tempatan dijangka terjejas berikutan kemerosotan dalam jualan rumah baharu AS akibat kenaikan kadar faedah Fed memandangkan AS adalah pasaran eksport perabot terbesar Malaysia," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, apabila sekatan pergerakan ditarik balik dan pekerja mula kembali ke pejabat, permintaan terhadap perabot dijangka berkurangan daripada paras tertinggi ketika wabak, yang menyaksikan peningkatan dalam permintaan perabot pejabat rumah apabila pengaturan kerja dari rumah (WFH) lebih berleluasa.
Katanya, apabila sempadan antarabangsa dibuka, pengguna dijangka mengalihkan perbelanjaan mereka daripada membeli barangan rumah seperti perabot baharu kepada melancong dan beriadah.
"Ketiadaan pemangkin yang terus memacu permintaan luar biasa untuk perabot seperti semasa fasa pandemik WFH, pendapatan syarikat perabot dijangka kembali ke tahap pra pandemik juga," katanya.
Firma itu menurukan penarafan sektor itu kepada 'neutral' berbandig 'overweight'.
Evergreen Fibreboard Berhad menjadi pilihan utama firma itu, memandangkan asas operasinya yang pelbagai di seluruh Malaysia, Thailand dan Indonesia, asas pelanggan yang pelbagai, dan struktur perniagaan bersepadu yang membolehkan syarikat itu mempunyai pengurusan kos yang lebih baik.
"Selain itu, kami berpendapat bahawa inisiatif Evergreen dalam meningkatkan daya saing dengan memindahkan barisan pengeluaran papan gentian berketumpatan sederhana (MDF) ke Indonesia (dengan bekalan kayu balak dan buruh yang sedia ada negara) akan meletakkan syarikat itu mendahului pesaingnya dalam menarik permintaan," katanya. tambah," katanya. - DagangNews.com