KUALA LUMPUR 8 Sept - Hong Leong Bank Berhad (HLB) berjaya meraih anugerah "Bank e-Pembayaran Terbaik" dan "Bank Pemerolehan e-Pembayaran Terbaik" pada Majlis Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran Malaysia (MEEA) 2023 daripada Payments Network Malaysia (PayNet).
Bank itu telah mengembangkan dan meletakkan rumusan perbankan digital untuk perniagaan dalam kategori pengguna harian dengan jumlah tinggi seperti farmasi, kedai serbaneka, pasar raya, stesen minyak dan kemudahan tempat letak kereta tanpa tunai.
Ia membolehkan bank itu memenangi anugerah "Bank Pemerolehan e-Bayaran Terbaik", dengan jumlah transaksi dan pertumbuhan tertinggi sebanyak 86% dari 2021 hingga 2022 melalui rangkaian perkhidmatan yang komprehensif.
HLB juga meraih anugerah "Bank e-Pembayaran Terbaik" selepas mencatat pertumbuhan tertinggi dalam jumlah transaksi digital dari 2021 hingga 2022, dengan peningkatan 24% dalam transaksi digital yang dihantar dan peningkatan 47% dalam transaksi digital yang diterima.
Pengarah Urusan Kumpulan HLB, Kevin Lam berkata, bank itu telah menerima pendekatan berpaksikan pelanggan dalam mencari cara untuk menjadikan transaksi kewangan harian yang lancar, selamat dan mudah untuk pelanggan.
"Melalui rumusan digital yang diperibadikan, kami dapat menyokong pelanggan MSME kami dalam transformasi digital dan tanpa tunai mereka, membolehkan mereka menyediakan e-pembayaran berdasarkan keperluan dan keutamaan khusus dan pada masa yang sama, membantu melaksanakan infrastruktur perbankan digital dalam operasi mereka.
“Sebagai contoh, inisiatif HLB@Kampung yang berjaya mengubah Sekinchan, Selangor menjadi “Kampung Tanpa Tunai” pertama bersama PayNet.
“Melalui program itu, pihak kami melancarkan Kod QR DuitNow dan Terminal Pembayaran All-In-One kepada lebih 200 perniagaan tempatan, membantu mereka mengubah operasi bagi memenuhi permintaan terhadap pembayaran digital terutama daripada pelancong luar bandar," katanya. - DagangNews.com