Hovid rancang labur RM100 juta bangunkan kilang farmaseutikal baharu  | DagangNews Skip to main content

Hovid rancang labur RM100 juta bangunkan kilang farmaseutikal baharu 

Kilang Hovid yang terletak di Chemor.
Oleh ZAKI SALLEH 

IPOH 20 April - Syarikat farmaseutikal tempatan, Hovid Bhd merancang untuk mengembangkan kilang farmaseutikal cecair baharunya dengan nilai pelaburan kira-kira RM100 juta.

 

Dalam satu kenyataan, Hovid memaklumkan, progres tersebut sejajar dengan matlamat supaya dapat mewujudkan ekosistem industri yang lebih kukuh di negara ini.

 

"Kami optimis bahawa pelaburan semula terbaharu Hovid akan meningkatkan pemindahan teknologi dan pengetahuan.

 

"Ini juga akan memperkukuhkan pemindahan teknologi dan latihan bakat serta mempromosikan lebih banyak perkongsian rantaian bekalan tempatan," ujar kenyataan tersebut.

 

Hovid ialah syarikat penyedia penjagaan kesihatan dan farmaseutikal yang diasaskan pada awal 1940an.

 

Dahulunya dikenali sebagai Ho Yan Hor Sdn Bhd dengan ibu pejabat syarikat dan kilang terletak di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.

 

Kilang keduanya pula terletak di Chemor yang mula beroperasi sejak tahun 2017.

 

 

hovid
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak, Loh Sze Yee (dua, kanan) semasa melawat ke kilang Hovid di Chemor.

 

 

Kilang baharu ini mempunyai gudang setinggi lapan tingkat dengan sistem penyimpanan dan pengambilan secara automatik.

 

 

hovid
Ketua Pegawai Kewangan Hovid, Michelle Ho (kiri) memberi penerangan tentang produk kepada Sze Yee.

 

 

Ia juga mengaplikasikan operasi digital bagi memudahkan proses pengurusan inventori selain lebih kos efektif. - DagangNews.com