HSBC Malaysia jadi bank pertama lancar platform 'Unit Trust Browser' | DagangNews Skip to main content

HSBC Malaysia jadi bank pertama lancar platform 'Unit Trust Browser'

HSBC Malaysia

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 1 Sept. - HSBC Malaysia menjadi bank pertama yang melancarkan platform Unit Trust Browser (UTB) yang merangkumi maklumat terperinci mengenai unit amanah terbuka yang ditawarkan oleh bank.

Ketua Negara Harta dan Perbankan Peribadi HSBC Malaysia, Tara Latini berkata, UTB merupakan sebuah platform yang didatangi dengan fungsi penyelidikan dana yang boleh diakses melalui laman web rasmi HSBC.

"Kami terus memperkenalkan lebih banyak inovasi digital yang memberikan pengalaman perbankan yang lebih mudah dan tepat kepada masyarakat setempat.

"UTB yang boleh diakses 24/7 (24 jam/seminggu) ini merupakan perkhidmatan terbaharu kami untuk membantu orang ramai membuat keputusan pelaburan yang lebih banyak pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tara Latini
Tara Latini

 

Platform UTB membolehkan sesiapa sahaja mendapatkan maklumat serta dokumen dana pelaburan dengan mudah  di hujung jari mereka.

Perkhidmatan UTB boleh diguna setiap masa selama 24 jam seminggu itu tidak memerlukan log masuk, sebaliknya tersedia di laman web HSBC (www.hsbc.com.my).

Platform yang diperkenalkan itu merupakan saluran mudah kepada orang ramai untuk mengakses maklumat berkaitan dana sebelum membuat keputusan pelaburan.

Jon Chivers
Jon Chivers

 

UTB turut dilengkapi dengan keupayaan penyaringan kelas aset, geografi, penilaian risiko selain beberapa maklumat saringan lain seperti profil dana, kualiti kredit dan lain-lain.

Sementara itu, Ketua Bahagian Perbankan Runcit dan Pengurusan Harta, Jon Chivers berkata, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan dokumen dana terkini seperti prospentus, PSH, laporan tahunan dan laporan sementara.

"UTB sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menjalankan analisis, perbandingan dan penyelidikan mengenai unit amanah secara individu," jelasnya. - DagangNews.com