KUALA LUMPUR 6 Jun - Syarikat perunding kejuruteraan dan pengurusan projek, HSS Engineers Berhad (Kumpulan HEB) sedang mengembangkan perniagaan di peringkat antarabangsa dengan sasaran 25% daripada perolehan diraih daripada usaha luar negara menjelang tahun 2027.
Naib Pengerusi Eksekutif HSS Engineer Berhad berkata, Tan Sri Ir. Kuna Sittampalam berkata, Kumpulan HEB berminat memanfaatkan kepakaran kejuruteraan infrastrukturnya dalam ekonomi ASEAN, Asia Selatan serta Timur Tengah dan Afrika Utara yang sedang berkembang.
Katanya, dasar kerajaan di seluruh rantau berkenaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan melalui projek infrastruktur strategik juga merupakan sesuatu yang menggembirakan pihaknya.
"Di peringkat domestik, kami optimis mengenai pelaksanaan projek mega yang dipercepatkan di Malaysia dan anugerah kontrak seterusnya, dengan gesaan Kerajaan untuk mempercepatkan projek berimpak tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu susulan Mesyuarat Agung Tahunan Kumpulan HEB (AGM) hari ini yang menyaksikan pemegang saham meluluskan semua resolusi yang dibentangkan.
Ini termasuk pembayaran dividen satu peringkat akhir sebanyak 1.21 sen sesaham untuk FY2023.
ARTIKEL BERKAITAN: HSS Engineers raih kontrak perundingan lebuh raya bernilai RM15 juta di Kemboja
Pembayaran dividen sebanyak RM6.2 juta mewakili kira-kira 30% daripada keuntungan bersih Kumpulan untuk FY2023 dan selaras dengan dasar dividen Kumpulan, yang menyasarkan 30% pengagihan keuntungan bersih tahunan Kumpulan kepada para pemegang saham.
Sementara itu, Kuna Sittampalam berkata, Kumpulan HEB melihat potensi pertumbuhan yang besar dalam sektor-sektor baru seperti pusat data dan tenaga boleh diperbaharui (RE).
"Kami menyasarkan untuk meneroka dengan lebih jauh ke dalam bidang-bidang ini, selaras dengan strategi diversifikasi kami," jelasnya.
Menurut Kuna Sittampalam, Kumpulan HEB setakat ini telah memperoleh kontrak pengurusan projek atau perkhidmatan reka bentuk kejuruteraan untuk lima pusat data.
"Penegak keempat Kumpulan untuk mewujudkan aliran pendapatan berulang mencapai pencapaian penting apabila ia memperoleh projek pertamanya pada 2023, untuk pembangunan loji fotovoltaik solar di Kuala Muda, Kedah, dengan kerjasama Shizen International Inc., Solarvest Asset Management Sdn Bhd , dan Aziho Trading Sdn. Bhd," ujarnya.
Dalam kenyataan itu, Kumpulan HEB menjelaskan sepanjang tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2023, beberapa kontrak yang signifikan di rantau ini telah dimenangi pihaknya seperti kontrak perkhidmatan perunding untuk Projek Lebuhraya Phnom Penh-Bavet bernilai RM15 juta di Kemboja.
Kumpulan HEB juga memperoleh 12% saham dalam firma perunding kejuruteraan Indonesia, PT Oriental Consultants Indonesia untuk merambah sektor pembinaan yang berkembang di Indonesia sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan serantau.
"Kumpulan ini juga membina hubungan strategik dengan firma perunding kejuruteraan Jepun untuk memudahkan pengembangan luar negaranya, yang menghasilkan dua kemenangan yang signifikan pada FY2023.
"Di Indonesia, Kumpulan ini menandatangani kontrak untuk menyediakan perkhidmatan perunding pengurusan projek untuk Transit Ringan Jakarta dengan kerjasama Japan-based Oriental Consultants Global Co., Ltd ("OC Global").
"Selain itu, Kumpulan HEB memenangi kontrak perundingan dan perkhidmatan teknikal untuk Projek Kemudahan Persediaan Peningkatan Hubungan Kereta Api di Bangladesh dengan kerjasama OC Global dan EGIS Rail S.A dari Perancis," katanya.- DagangNews.com