Huawei bersedia bantu pembangunan ekonomi digital Malaysia di bawah PM baharu | DagangNews Skip to main content

Huawei bersedia bantu pembangunan ekonomi digital Malaysia di bawah PM baharu

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. berikrar untuk terus menyokong Malaysia di dalam pembangunan dan pengukuhan ekonomi digital di bawah pentadbiran Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Yuan berkata, Huawei bersedia untuk terus memberi sokongan terhadap pembangunan negara di dalam sektor teknologi.

 

"Huawei cukup berbangga dapat bersama-sama Malaysia di dalam perjalanan transformasi digitalnya sejak 20 tahun lalu, dan sepanjang masa itu, kami telah melihat pertumbuhan yang pesat dan mengagumkan, didorong oleh bakat-bakat hebat dan kepimpinan digital yang cemerlang di negara ini.

 

"Maka itu, Huawei sentiasa bersedia, sebagai peneraju teknologi global untuk terus menjadi penyumbang yang berharga kepada kemajuan digital Malaysia menerusi kepakaran dan sumber teknologi kami, dan meneguhkan kedudukan negara ini sebagai Hab Digital ASEAN,'' katanya dalam kenyataan di sini.

 

Yan turut mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Michael Yuan
Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Michael Yuan

 

"Kami mendoakan perdana menteri sentiasa sihat dan mencapai kejayaan serta keamanan, stabiliti, kemajuan dan kemakmuran untuk rakyat Malaysia di bawah kepimpinan beliau," ujar beliau. - DagangNews.com