Hutan dan matlamat pembangunan lestari SDG | DagangNews Skip to main content

Hutan dan matlamat pembangunan lestari SDG

Hutan Balok dekat Kuantan, Pahang. - Gambar hiasan
Oleh  Dr. Mohamad Nazrin Abd Malik

SEMPENA sambutan Hari Hutan Sedunia pada tanggal 21 Mac, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan hutan dilihat semakin meningkat hari demi hari dengan pendedahan dan pendidikan terhadap kepentingan hutan, permintaan ekonomi, peranan media dan sebagainya.

 

Hutan memainkan peranan yang penting dalam menjaga keseimbangan ekologi dan mencapai Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) yang telah disepakati oleh anggota PBB pada tahun 2015.

 

Ancaman terhadap hutan tropika memberi impak kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari. Ancaman terhadap hutan seperti eksploitasi dari aspek deforestasi, degradasi hutan, konflik sosial dan kebakaran hutan, dapat mempercepat perubahan iklim dan mengancam biodiversiti.

 

Oleh kerana itu, inisiatif untuk melindungi dan memulihkan hutan adalah sangat penting dalam mencapai matlamat pembangunan lestari.

 

Terdapat pelbagai kepentingan hutan terhadap ekologi dan SDG. Salah satunya ialah sebagai penyimpanan karbon dan mitigasi perubahan iklim Ini adalah kerana hutan dapat menyerap dan menyimpan karbon di atmosfera yang berperanan penting dalam mitigasi perubahan iklim.

 

Hutan juga berperanan penting dalam kitaran hidrologi air dan mitigasi bencana. Hutan dapat mempengaruhi kitaran hidrologi dan mengurangi risiko bencana seperti banjir dan tanah runtuh.

 

 

parafrasa

 

 

Justeru itu, hutan juga menyediakan sumber alam yang penting seperti kayu-kayan, ubat-ubatan, dan air yang bersih.

 

Kelangsungan sumber alam ini adalah penting dari segi ekonomi, kesihatan dan sosial juga sejajar dengan matlamat pembangunan lestari yang digariskan oleh PBB.

 

Kepelbagaian biodiversiti dan ekosistem yang sihat merupakan komponen penting dalam hutan tropika.

 

Hutan adalah habitat bagi pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan, serta memberikan pelbagai ‘ecosystem services’ yang penting bagi manusia seperti penyediaan oksigen dan penyerapan karbon.

 

Hutan dapat memberikan kesejahteraan masyarakat dalam pelbagai aspek dan memberi peluang ekonomi lokal.

 

Sebagai contoh, hutan dapat memberikan bekalan makanan yang berlanjutan melalui agroforestry dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat yang tinggal di sekitar hutan melalui pengembangan ekonomi lokal.

 

 

parafrasa

 

 

Secara kesimpulannya, pengurusan hutan lestari adalah sangat penting untuk menjaga keseimbangan ekologi dan dalam  mencapai matlamat pembangunan lestari (SDG).

 

Antara inisiatif yang dapat dilakukan adalah melindungi hutan dari eksploitasi deforestasi dan degradasi, penambahbaikan sistem pengurusan hutan lestari, mengembangkan agroforestry dan konservasi biodiversiti, serta mempromosikan penglibatan masyarakat dalam pengurusan hutan. – DagangNews.com

 

 
Dr. Mohamad Nazrin Abd Malik adalah Pensyarah Kanan Jabatan Sains Perhutanan dan Biodiversiti, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM