IKHLAS lancar kempen ‘Road to Ramadan’ | DagangNews Skip to main content

IKHLAS lancar kempen ‘Road to Ramadan’

KUALA LUMPUR 25 Mac 2021 - Sempena sambutan bulan Ramadan yang mulia, IKHLAS melancarkan kempen ‘Road to Ramadan’ untuk terus menyediakan perkhidmatan mudah dan lancar bagi komuniti Islam memenuhi kewajipan dan keperluan gaya hidup mereka.

  

Kempen ‘Road to Ramadan’ ini memperkenalkan dua perkhidmatan baharu sempena bulan Ramadan ini iaitu Fidyah - bayaran wajib oleh orang Islam yang tidak dapat berpuasa pada bulan Ramadan; dan Zakat Fitrah - sedekah yang wajib dilaksanakan oleh orang Islam sebelum Hari Raya Aidilfitri.

 

Perkhidmatan Fidyah bermula hari ini dan perkhidmatan Zakat termasuk Zakat Fitrah, Zakat Pendapatan, Zakat Emas dan Perak, Zakat EPF, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Pertanian dan Zakat Ternakan akan tersedia untuk dua belas (12) negeri di Malaysia bermula 30 Mac 2021. 

 

Selain dua perkhidmatan baharu tersebut, IKHLAS juga akan meneruskan inisiatif Sedekahnya iaitu ‘Derma dengan IKHLAS’ sebagai sebahagian daripada kempen ‘Road To Ramadan’ ini. 

 

IKHLAS berhasrat untuk mengumpul sebanyak RM1,000,000 melalui kempen ‘Road To Ramadan’ pada tahun ini. Sumbangan boleh dibuat melalui ikhlas.com dan juga boleh diakses melalui airasia super app. 

 

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata, “Kami berasa rendah diri melihat bagaimana IKHLAS telah berkembang menjadi jenama gaya hidup Islamik dalam hanya setahun. Bermula dengan perkhidmatan Sedekah, kami telah berkembang dengan pelbagai perkhidmatan inovatif termasuk platfom e-dagang. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menderma, menyumbang dan memberi sokongan kepada IKHLAS.    

 

“Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia tidak lama lagi, kami teruja untuk melancarkan kempen ‘Road to Ramadan’ ini untuk terus menawarkan perkhidmatan dalam talian yang lebih baik kepada komuniti Islam dan pada masa yang sama membantu mereka yang memerlukan.

 

“Kami akan terus membantu peniaga tempatan dan kecil dengan memasarkan produk mereka di platform e-dagang kami dan kami mengalu-alukan lebih ramai peniaga untuk menyertai platform Shop with IKHLAS dengan menghubungi kami di sales@ikhlas.com.”  

 

Kini, lebih banyak produk baharu tersedia di platform Shop with IKHLAS termasuklah Dubai Markets, Rinacraft, The Sajadah KL dan lain-lain lagi. Nikmati diskaun 10% dengan kod promosi IKHLAS10 untuk setiap pembelian di Shop with IKHLAS bermula hari ini hingga 31 Mac 2021. 

 

IKHLAS turut menyediakan perkhidmatan Akikah Mekah bermula 25 Mac 2021 yang akan dilaksanakan di Kota Suci Mekah daripada serendah RM499 untuk seekor kambing. 

 

Sempena pelancaran kempen ini, dua puluh (20) pelanggan bertuah IKHLAS akan menerima Kotak Misteri bernilai RM300 setiap satu. Untuk menyertai kempen ini, para pelanggan hanya perlu menghantar video mereka bersama barangan atau perkhidmatan yang dibeli melalui laman web IKHLAS di laman Instagram, sertakan tanda pagar #ikhlasmysterybox, tag @ikhlasdotcom dan lima (5) rakan serta kongsikan mengapa mereka menggunakan produk dan perkhidmatan IKHLAS bermula hari ini hingga 30 April 2021.     - DagangNews.com