Ikhlas tawar hadiah pakej umrah, kembara Korea di Kamya Fest 2023 | DagangNews Skip to main content

Ikhlas tawar hadiah pakej umrah, kembara Korea di Kamya Fest 2023

Orang ramai boleh mengunjungi reruai Ikhlas untuk memenangi pakej umrah dan kembara ke Korea sempena penganjuran Kamya Fest 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur mulai 10 hingga 12 Februari 2023.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 10 Feb - Platform pengembaraan dan gaya hidup mesra Muslim Capital A iaitu Ikhlas menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa pakej umrah dan kembara mesra Muslim ke Korea sempena penganjuran Kamya Fest di Stadium Nasional Bukit Jalil, mulai 10 hingga 12 Februari 2023.

 

Pengunjung boleh merebut peluang itu dengan hanya memuat turun aplikasi Ikhlas dengan mendaftar dan membuat bayaran minimum RM50 untuk melunaskan zakat atau fidyah untuk menyertai cabutan bertuah tersebut.

 

Para pemenang akan diumumkan pada hari akhir festival tersebut, selain pengunjung bertuah boleh memenangi barangan eksklusif Ikhlas dengan menjawab soalan-soalan trivia.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas, Ikhlas Kamarudin berkata, dengan sasaran seramai 50,000 pengunjung ke Kamya Fest, pihaknya gembira untuk menaja surau Ikhlas untuk memastikan pengunjung Muslim dapat melaksanakan ibadah dengan selesa sepanjang tiga hari itu.

 

Katanya, pihaknya menyeru para pengunjung untuk merebut peluang ini untuk melihat pakej umrah Ikhlas dan pakej pelancongan halal mampu milik yang ditawarkan. 

 

"Dengan kurang dua bulan lagi kita akan menyambut Ramadan, pengunjung boleh melunaskan zakat atau fidyah dengan selesa menerusi aplikasi Ikhlas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Dilancarkan sewaktu pandemik pada Oktober 2020, Ikhlas merupakan platform kembara dan gaya hidup patuh shariah khusus untuk umat Islam melaksanakan ibadah dengan mudah. 

 

Selain tawaran pakej pelancongan halal dengan usaha sama AirAsia Aviation Group dan cabang perniagaan Capital A lain, aplikasi Ikhlas juga menawarkan kemudahan zakat, sadaqah, aqiqah, fidyah dan qurban.

 

Sementara itu, pengunjung yang ingin mengikuti kursus teknologi dapat menikmati potongan 23% untuk pelbagai pilihan kursus dengan airasia academy. 

 

Antaranya Analisis Data, Pemasaran Digital, Kejuruteraan Perisian, Infrastruktur Awan dan Keselamatan Siber. 

 

Cabang teknologi pendidikan Capital A itu juga menawarkan cenderamata eksklusif kepada pelanggan terawal On-Demand Learning (ODL) dan mereka yang mendaftar untuk kursus Kemahiran Insaniah sehingga 27 Februari 2023 dengan topik menarik seperti kemahiran telesales, khidmat pelanggan, kepimpinan, pembangunan pasukan dan lain-lain.

 

Ikuti perkembangan terkini Ikhlas menerusi laman web www.ikhlas.com atau muat turun aplikasi Ikhlas di Apple App Store dan Google Play Store. - DagangNews.com