Industri semikonduktor Asia Tenggara terima manfaat peningkatan jualan di peringkat global | DagangNews Skip to main content

Industri semikonduktor Asia Tenggara terima manfaat peningkatan jualan di peringkat global

KUALA LUMPUR 15 Jun - Industri semikonduktor Asia Tenggara dijangka mendapat manfaat daripada peningkatan jualan semikonduktor global.

 

Presiden SEMI Asia Tenggara, Linda Tan berkata, kumpulan itu kekal positif bahawa sektor semikonduktor akan berkembang dengan baik kesan daripada penerimaan serta penyepaduannya sekali gus mengatasi sektor lain.

 

Katanya dalam satu kenyataan sempena perhimpunan SEMICON Asia Tenggara 2022 industri semikonduktor dan mikroelektronik, yang akan diadakan hujung bulan ini di Pulau Pinang.

 

Sementara itu, penganalisis ekonomi, Pankaj Kumar berkata, menurut Perangkaan Perdagangan Semikonduktor Dunia, dianggarkan jualan akan meningkat 8.8% tahun ini untuk mencecah AS$601.5 bilion (RM2.6 trilion) dan Asia Tenggara secara amnya, dan Malaysia khususnya, bersedia untuk mendapat manfaat daripada pertumbuhan itu.

 

Beliau berkata, pengilang juga sedang membina kapasiti untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat selepas penularan wabak sebelum ini telah mengganggu kadar pertumbuhan.

 

"Pertumbuhan itu pada aasanya adalah di dalam semua segmen terutama pengkomputeran awan, pelayan data, penderia, dan penyelesaian automatik.

 

"Memandangkan Malaysia merupakan pengeksport keenam terbesar bagi semikonduktor dan litar bersepadu, permintaan untuk produk ini akan menodorng pertumbuhan ketara syarikat yang berpangkalan di Malaysia untuk beberapa tahun akan datang," katanya, lapor The Edge, hari ini.

 

Beliau berkata, permintaan global terhadap semikonduktor semakin meningkat bukan sahaja dari Amerika Syarikat (AS) dan KEsatuan Eropah (EU) tetapi juga Asia khususnya dari Korea Selatan dan Asia Tenggara menjadi pilihan utama kebanyak syarikat bagi mendapatkan bekalan.

 

"Pemain pasaran semikonduktor yang berpangkalan di Malaysia juga harus membina kemampanan untuk pertumbuhan jangka panjang industri kerana dengan ekosistem yang tepat, pemain pasaran akan mempunyai masa depan yang lebih cerah," katanya. - DagangNews.com