Industronic, XBE jalin kerjasama bangunkan projek blockchain | DagangNews Skip to main content

Industronic, XBE jalin kerjasama bangunkan projek blockchain

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Sept - Industronic Berhad menerusi Olympex Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama dengan Xtreme Business Enterprises Limited (XBE) dari Hong Kong bagi membangunkan serta memasarkan projek blockchain.

 

Kumpulan itu berkata, secara amnya kedua-dua syarikat bersetuju akan memberi bantuan dalam menyediakan dan melaksanakan projek blockchain melalui perjanjian kerjasama yang boleh dilaksanakan.

 

"Bagaimanapun kerjasama itu tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui bersama ," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Perjanjian kerjasama itu tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham, pegangan saham pemegang saham utama, aset bersih dan penggearan kumpulan Industronic.

 

Ia tidak akan mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan sesaham kumpulan.

 

"Kesan perjanjian itu hanya akan ditentukan apabila terma kerjasama yang akan dipersetujui dimuktamadkan.

 

"Sekiranya sebarang perjanjian kerjasama menjadi kenyataan, ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan kumpulan," katanya. - DagangNews.com