KUALA LUMPUR 12 Julai - Penyedia perisian Cloud HR Singapura, Info-Tech dan INTI International University menandatangani memorandum persefahaman (MoU) menyokong pembangunan pelajar melalui beberapa siri inisiatif.
Usaha MoU antara kedua-dua pihak menandakan hasrat mereka menyediakan peluang pendidikan dan pengalaman industri kepada generasi akan datang di samping memupuk tenaga kerja cekap.
Dengan lebih 28 tahun pengalaman dalam industri HR, Info-Tech kekal komited kepada visinya menyumbang kepada pembangunan komuniti dalam mewujudkan masyarakat digital teguh.
Selaras dengan visinya, Info-Tech bertujuan membawa pandangan praktikal kepada pelajar dalam program pengurusan sumber manusia melalui forum, seminar, bengkel, bimbingan dan program pembangunan.
Inisiatif tersebut akan menyediakan pelajar untuk masa depan pendigitalan pengurusan sumber manusia.
Pengerusi Info-Tech, Peter Lee mengulas, “ Dengan input pakar kami, saya percaya pelajar mampu mencapai kejayaan dalam keupayaan mereka dan mendapat kelebihan berbanding rakan sebaya mereka.”
“Ini akan membantu mereka menjadi bersedia masa depan dalam menghadapi keperluan masyarakat yang semakin berkembang,” tambah beliau.
Selanjutnya, Info-Tech menawarkan peluang latihan industri daripada pemain industri terkemuka kepada pelajar INTI untuk mengasah lagi kemahiran dan pengetahuan pengurusan sumber manusia mereka.
Menurut kenyataan media Info-Tech, perkongsian itu memberi kakitangannya dan keluarga mereka 40% diskaun pada program profesional bekerja INTI iaitu satu inisiatif menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan pekerja dewasa.
Semasa menandatangani MoU itu, Ketua Pegawai Eksekutif INTI International University Chong Kok Wai menekankan pemacuan mengejar pengetahuan harus diperluaskan kepada pekerja profesional.
"Program pembangunan profesional kami menawarkan individu ini kurikulum direka oleh pemimpin industri, memberikan mereka kelebihan daya saing di tempat kerja dinamik," ulas beliau.
Turut hadir majlis tersebut ialah Pengerusi Info-Tech dan INTI, Peter Lee diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Multimedia, Encik Chong Kok Wai. - DagangNews.com