Inta Bina raih kontrak kedua terbesar tahun ini bernilai RM137.8 juta daripada SDB Properties | DagangNews Skip to main content

Inta Bina raih kontrak kedua terbesar tahun ini bernilai RM137.8 juta daripada SDB Properties

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Sept - Inta Bina Group Berhad menerusi anak syarikatnya, Inta Bina Sdn. Bhd. menerima kontrak pembinaan kedua terbesar tahun ini bernilai RM137.8 juta daripada SDB Properties Sdn. Bhd. yang juga anak syarikat Selangor Dredging Berhad. 

 

Kontrak baharu itu meningkatkan tempahan kumpulan kepada hampir RM1.1 bilion.

 

Kontrak itu melibatkan pembinaan bangunan utama untuuk 26 unit rumah superlink tiga tingkat dan enam blok bagi villa setinggi tiga dan empat tingkat merangkumi 196 unit villa di Gombak, Selangor.

 

Kerja-kerja berkenaan akan mengambil masa 32 bulan untuk disiapkan bermula 8 September 2022.

 

Pengarah Urusannya, Paul Lim Ooi Joo berkata, projek itu menandakan projek kedua terbesar yany berjaya diraih untuk tahun ini dan pihaknya berjaya mendapatkan projek keseluruhan sebanyak RM298 juta.

 

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha bukan sahaja untuk pelaksanaan projek tetapi juga untuk menyertai tender untuk mendapatkan lebih banyak projek baharu.

 

"Pada ketika ini, sektor hartanah kelihatan lebih stabil dengan lebih banyak aktiviti pembinaan dijangka masuk.

 

"Ditambah dengan beberapa projek daripada perkongsian usaha sama dengan Lagenda Properties Berhad yang sedang dalam pelaksanaan, kami menjangkakan prospek yang lebih baik untuk sepanjang tahun ini," katanya. - DagangNews.com