IPO Bukalapak jana AS$1.5 bilion | DagangNews Skip to main content

IPO Bukalapak jana AS$1.5 bilion

SATU ruang di dalam ibu pejabat Bukalapak untuk sesi santai kepada kakitangannya di Jakarta, Indonesia.

 

 

JAKARTA 21 Julai – Syarikat e-dagang Indonesia, Bukalapak telah meraih AS$1.5 bilion daripada penawaran awam permulaannya (IPO), terbitan terbesar di republik tersebut selepas menetapkan harganya di atas lingkungan harga yang diunjurkan, menurut sumber kepada Reuters.

 

IPO oleh syarikat e-dagang terbesar Indonesia itu, disokong oleh firma pelaburan negara Singapura dan juga Microsoft, menyusul ketika pasaran e-dagan Indonesia bernilai AS$40 bilion mendapat anjakan besar daripada permintaan kukuh semasa pandemik sekarang.

 

Menurut Reuters, dua sumber memberitahu buku tempahan bagi IPO tersebut, yang pertama seumpamanya oleh firma teknologi Indonesia, mendapat langganan berlipat ganda, manakala satu lagi sumber memberitahu, terbitan IPO itu menerima permintaan lebih daripada AS$6 bilion.

 

Sumber-sumber tersebut enggan dinamakan kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap mengenainya secara terbuka.

 

Sementara itu, Bukalapak enggan mengulas, kata Reuters.

 

Beberapa bulan lalu, Bukalapak hanya mengunjurkan untuk meraih AS$300 juta. Namun ia tumbuh menjadi AS$800 juta dan seterusnya AS$1.5 bilion minggu lalu ketika para pelabur menunjukkan minat yang tinggi terhadap syarikat tersebut.

 

Bukalapak menetapkan harga IPO di tahap teratas iaitu 750 dan 850 rupiah sesaham, dengan syarikat meletakkan nilainya kira-kira AS$6 bilion, kata sumber.

 

 

bukalapak

 

Bukalapak yang bermasuk `buka gerai', dijadualkan disenaraikan di bursa Indonesia pada bulan hadapan.

 

Bukalapak menumpukan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana dan bersaing dengan saingan lebih besarnya, Tokopedia, Shopee milik Sea Ltd dan Lazada milik Alibaba, di dalam ekonomi terbesar Asia Tenggara ini.

 

Bank of America dan UBS merupakan penyeleras global bersama dan penaja jamin bersama Mandiri. DagangNews.com